Sunday 28 October 2012

RPH MINGGU KE-43

Tarikh/Hari
22.10.2012/Isnin
Masa:12.50-6.20ptg
Minggu/Tunjang
43/ Kelas: 1C, 1L, 1G
Perkara
Pengurusan Kelas (Pemulangan Buku Teks). Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana semua kelas tingkatan 1 terlibat dalam pemulangan buku teks.



Tarikh/Hari
23.10.2012/Selasa


Masa:12.50 pagi-6.20ptg
Minggu/Tunjang
43/ Kelas: 1K, 1G
Perkara
Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan Peperiksaan Akhir Tahun Kertas Sejarah untuk kelas 1K manakala 1G P&P dijalankan oleh guru praktikal dari OUM.

Tarikh/Hari
24.10.2012/Rabu
Masa:12.50-6.20ptg
Minggu/Tunjang
43/ CRK
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana guru mengambil cuti rehat khas.


Tarikh/Hari
25.10.2012/Khamis
26.10.2012/Jumaat
Masa:12.50-6.20ptg
 Masa:2.00-6.20ptg
Minggu/Tunjang
43/ CUTI PERSEKOLAHAN
Perkara
Sekolah bercuti pada kedua-dua hari ini sempena Hari Raya Haji.

RPH MINGGU KE-42

Tarikh/Hari
15.10.2012/Isnin
16.10.2012/Selasa

Masa:8.00 pagi-5.00ptg
Minggu/Tunjang
42/ PENGAWAS PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2012
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana guru menjalankan tugas sebagai  Pengawas Peperiksaan PMR Tahun 2012 di Pusat SA205 SMK Tebakang.



Tarikh/Hari
17.10.2012/Rabu
18.10.2012/Khamis
19.10.2012/ Jumaat
Masa:12.50-6.00ptg

Masa: 2.00-6.00ptg
Minggu/Tunjang
42/ Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana pelajar menjalani Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1.

Sunday 14 October 2012

RPH MINGGU KE-41


Tarikh/Hari
08.10.2012/Isnin
Masa:1.00-6.00ptg
Minggu/Tunjang
41/ TAKLIMAT PENGAWAS PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2012
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana guru menghadiri Taklimat Pengawas Peperiksaan PMR Tahun 2012 di Pusat SA205 Perpustakaan SMK Tebakang.



Tarikh/Hari
09.10.2012/Selasa
10.10.2012/Rabu
11.10.2012/Khamis

Masa:8.00 pagi-5.00ptg
Minggu/Tunjang
41/ PENGAWAS PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2012
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana guru menjalankan tugas sebagai  Pengawas Peperiksaan PMR Tahun 2012 di Pusat SA205 SMK Tebakang.

Tarikh/Hari
12.10.2012/Jumaat
Masa:2.00-6.00ptg
Minggu/Tunjang
41/ Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Perkara
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana pelajar menjalani Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 Kertas Kemahiran Hidup (Pertanian) dan Kertas Sejarah.

RPH MINGGU KE-40


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
01.10.2012/Isnin
1C: Masa: 12.50-2.00ptg
1G: Masa: 4.35-5.45ptg
Minggu/Tunjang
40/ Tatabahasa (Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan Relatif dan Ayat Komplemen)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
Unit 25: Parlimen Negara Kita
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Ayat Majmuk Gabungan, Majmuk Pancangan Relatif dan Ayat Komplemen.
  2. Membina Ayat Majmuk Gabungan, Majmuk Pancangan Relatif dan Ayat Komplemen.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru menerangkan maksud Ayat Majmuk Gabungan, Majmuk Pancangan Relatif dan Ayat Komplemen. Guru mengajar pelajar cara untuk membina ayat majmuk gabungan, pancangan relative dan komplemen dengan teknik yang betul. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai ketiga-tiga ayat majmuk gabungan, pancangan relative dan ayat komplemen.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.





Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
01.10.2012/Isnin
Masa: 3.10-3.45 ptg
Minggu/Tunjang
40/ PBS
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 6.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
02.10.2012/Selasa
Masa: 3.25-4.00 ptg.
Minggu/Tunjang
40/ PBS
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 6.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
02.10.2012/Selasa
03.10.2012/Rabu
Masa: 4.00-5.10ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
40/ Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
 Unit 3; Pengaruh Rakan Sebaya (Sambungan)
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memberikan pendapat dan berhujah dengan intonasi serta gaya yang sesuai dalam pembentangan.
  2. Menyatakan pendirian yang tegas tentang pengaruh positif dan pengaruh negative rakan sebaya
  3. Menulis rumusan tentang pengaruh rakan sebaya yang berkaitan dengan perbuatan dan tingkah laku serta kesan yang mungkin timbul daripada pengaruh tersebut
KBT
Menaakul, rasional
Penerapan Nilai
rasional, berdisiplin
Persediaan Guru
Buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Buku Aktiviti
Aktiviti
Menyatakan pendirian, memberikan pendapat dan berhujah, menulis rumusan dan rumusan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1C dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.



Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
03.10.2012/Rabu
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
40/ Tema 6: Cabaran Masa Depan
Bil Pelajar: 33/37
Tajuk
Unit 10: Perspektif Kemanusiaan, Had-Had dalam Konflik Bersenjata dan Pelaksanaan Undang-Undang.
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti peraturan dan undang-undang untuk mengurangkan kemusnahan dan penderitaan akibat konflik bersenjata.
2.       Mengetahui peraturan-peraturan asas dalam Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.
3.       Membincangkan tentang pelaksanaan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Kemudian, guru menunjukkan keratan akhbar yang berkaitan dengan topik pengajaran.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan keratan akhbar dengan topik pengajaran.
4.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar. Pelajar secara sukarela menjawab soalan apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru dari semasa ke semasa.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
03.10.2012/Rabu
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
40/ Bab 10 dan Bab 11.
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Bab 10-Sarawak dan Bab11- Sabah
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan latar belakang sejarah Sarawak dan Sabah.
2.       Menyenaraikan kempulan etnik masyarakat Sarawak dan Sabah
3.       Membincangkan kegiatan sosiobudaya masyarakat Sarawak dan Sabah.
4.       Menjelaskan kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah.
Konsep dan Istilah
Pendidikan formal dan tidak formal, etnik, tuai rumah, Aki Kopuno, animism
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai dan mengamalkan tradisi budaya bangsa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru menerangkan latar belakang, sistem masyarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah kepada pelajar. Setiap pelajar dibekalkan sekeping nota bab ini dan mereka perlu menggariskan isi-isi penting dengan bimbingan guru.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan seperti yang dirancang. Objektif yang ditetapkan pada hari ini mencapai tahap 80 peratus dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G
Tarikh/Hari
04.10.2012/Khamis
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
40/ KOMSAS: Antologi Kasut Kelopak Jantung
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
 Drama: Pantun Empat Kerat (Teka Teki)
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
  2. Membuat latihan pengukuhan yang diberikan.
KBT
Mereka cipta
Penerapan Nilai
Bertolak ansur, kasih sayang, tanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, Buku Rujukan.
Aktiviti
Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membaca teks pantun empat kerat ini. Kemudian guru menyuruh pelajar mencari tema, persoalan, gaya bahasa, nilai, plot dan pengajaran dengan bimbingan guru. Kemudian pelajar diberi latihan pengukuhan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1G dan 1C memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
04.10.2012/Khamis
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
40/ PBS
Bil Pelajar: 30/35
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 7 dan 9.

Tarikh/Hari
05.10.2012/Jumaat
Masa:2.00-5.30ptg
Minggu/Tunjang
40/ Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Tajuk
Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana pelajar menjalani Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 Kertas Bahasa Cina/Iban dan Pendidikan Jasmani /Kesihatan.