Wednesday 13 February 2013

RPH MINGGU KE-6


RPH MINGGU KE-6. (04.02.2013-08.02.2013)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
04/02/2013 (Isnin)
05/02/2013 (Selasa)
Masa: 2.00-2.35 (2C), 4.35-5.10(2M).
Masa: 3.25-4.00 (2B),
Minggu/Tunjang
6/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Revolusi Perindustrian, Terusan Suez dan Kapal Wap.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan maksud Revolusi Perindustrian.
2.       Membincangkan persaingan perdagangan disebabkan oleh Terusan Suez dan Kapal Wap.
Konsep dan Istilah
Revolusi Perindustrian, Dasar Campur Tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai revolusi perindustrian, terusan suez dan kapal wap yang menjadi punca campur tangan British.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar melukis peta seperti yang terdapat buku teks sejarah.
3.       Pelajar menyalin nota dan melukis peta dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 65% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
04.02.2013/Isnin
05.02.2013/Selasa
Masa: 3.25-4.35ptg (1E)
Masa: 4.00-5.10 (1B)
Minggu/Tunjang
6/ Unit 5: Komputer Dalam Kehidupan
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Adjektif/Sifat
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Adjektif.
  2. Membezakan jenis-jenis Kata Adjektif.
  3. Memberikan contoh-contoh Kata Adjektif.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Adjektif kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Adjektif kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata Adjektif untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Guru kemudian memberi latihan berkaitan topik pengajaran kepada pelajar.
5.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Adjektif.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
05.02.2013/Selasa
06.02.2013/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 5.10-6.20 (1B)
Minggu/Tunjang
6/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Tajuk
 Novel: Sambungan Novel Istana Menanti
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memerihalkan gaya bahasa Novel Istana Menanti.
  2. Memberikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan gaya bahasa novel Istana Menanti kepada pelajar.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel ini.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Walaubagaimanapun, gaya bahasa, nilai dan pengajaran tidak sempat dijalankan. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
06/02/2013 (Rabu)
07/02/2013 (Khamis)
08/02/2013(Jumaat)
Masa: 12.50-2.00 (2B)
Masa:  2.00-3.10 (2M).
Masa: 2.00-3.10 (2C),
Minggu/Tunjang
6/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Keadaan di Perak Mendorong Campur Tangan British
Hasil Pembelajaran

Aras 2: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menjelaskan keadaan di Perak membawa kepada campur tangan British.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Konsi Gelap,Residen, Gabenor, Sistem Perwarisan Takhta di Perak.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada dengan unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai ketidakstabilan pentadbiran politik negeri Perak menyebabkan campur tangan British.
2.       Pelajar mendengar dan menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B,2C dan 2M mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
07.02.2013/Khamis
Masa: 12.50-2.00 ptg(1B).
Masa: 4.35-5.35 ptg (1E)
Minggu/Tunjang
6/ Karangan Berformat
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Tajuk
 Karangan Surat Tidak Rasmi
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menulis pendahuluan, perenggan isi dan menulis penutup karangan surat tidak rasmi.
2.       Mengarang surat kiriman tidak rasmi mengikut format yang betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan format karangan surat kiriman tidak rasmi.
2.       Guru menerangkan bagaimana menulis rangka karangan merangkumi pendahuluan, isi dan penutup karangan surat kiriman tidak rasmi.
3.       Guru kemudian membuat rangka contoh mengikut format yang betul untu mengarang karangan surat kiriman tidak rasmi ini.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin notadan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

No comments:

Post a Comment