Friday 17 January 2014

RPH MINGGU KE-3

RPH MINGGU KE-3. (13.01.2014-17.01.2014)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
13/01/2014 (Isnin)
14/01/2014 (Selasa)
15/01/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
3/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah 
                  Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Pemerintahan Tentera Jepun – Faktor Kejayaan Jepun mengalahkan Jepun
-          Dasar Pemerintahan Jepun
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan faktor-faktor kejayaan Jepun mengalahkan British.
2.       Menyatakan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan faktor-faktor kejayaan Jepun mengalahkan British.
2.       Menghuraikan Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan faktor-faktor kejayaan Jepun mengalahkan British kepada pelajar.
2.       Guru menjelaskan sebab mengapa Jepun dapat mengalahkan British dalam tempoh yang singkat kepada pelajar.
3.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai dasar pemerintahan Jepun dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B dan 3F, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B dan 3F  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 3G P&P tidak dapat dijalankan kerana cuti sempena Maulidur Rasul. P&P kelas 3G akan disambung pada waktu pengajaran seterusnya. 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B dan 3F mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.












































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
13.01.2014/Isnin
14.01.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
3/ Unit 2: Berhemat Semasa Belanja
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 34/34
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri/Tunjuk
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Ganti Nama Diri dan Kata Kata Ganti Nama Tunjuk.
  2. Membezakan Kata Ganti Nama Diri dan Kata Ganti Nama Tunjuk.
  3. Memberikan contoh-contoh Kata Ganti Nama Diri dan Kata Ganti Nama Tunjuk.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Ganti Nama Diri/Tunjuk  kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Ganti Nama kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata Ganti Nama untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar kelas 1B dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Ganti Nama.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Walaubagaimanapun, P&P kelas tingkatan 1G terpaksa ditangguhkan kerana sekolah bercuti sempena Hari Maulidur Rasul. P&P kelas 1G akan disambung pada minggu hadapan.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
15.01.2014/Rabu
16.01.2014/ Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G).
Minggu/Tunjang
3/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 31/34
Tajuk
 Pengenalan Istilah-Istilah Khusus Dalam Komsas.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menyatakan maksud Tema, Persoalan, Plot, Watak dan Perwatakan, Latar, Gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran.
2.       Memberikan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan istilah-istilah khusus dalam Komsas.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, bertolak ansur dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku Rujukan Komsas Tingkatan 1, kapur.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar, Gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran kepada pelajar.
2.       Guru melukis gambar rajah yang berkaitan untuk diterangkan kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memahami istilah-istilah sastera dalam KOMSAS.  Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
13/01/2014 (Isnin)
15/01/2014 (Rabu)
17/01/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
3/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah 
                  Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Pemerintahan Tentera Jepun – Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Pemerintahan
                                                   Jepun.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan dan membezakan jenis-jenis bangsa yang anti-Jepun dan pro-Jepun.
2.     Menyenaraikan nama gerakan  anti-Jepun di Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan reaksi penduduk tempatan mengikut bangsa terhadap pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
2.       Menghuraikan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan reaksi penduduk tempatan Melayu, Cina, India terhadap pemerintahan Jepun di Tanah Melayu kepada pelajar.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Gerakan Anti-Jepun yang ditubuhkan untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.








































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
16.01.2014/ Khamis
17.01.2014/ Jumaat
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
3/ Ringkasan dan Pemahaman
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
 Hukuman Di Sekolah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan matlamat hukuman di sekolah.
2.       Menulis ringkasan karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah dicari.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk mengenalpasti isi-isi penting dalam teks yang telah disalin oleh pelajar.
2.       Guru menerangkan bahawa ringkasan karangan hanya perlu mempunyai satu perenggan sahaja.
3.       Guru kemudian menyuruh pelajar menggariskan isi-isi penting dalam petikan yang telah disalin.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.











No comments:

Post a Comment