Wednesday 15 August 2012

RPH MINGGU KE-32


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
06.08.2012/Isnin
1C: Masa: 12.10-1.15ptg
1G: Masa: 3.35-4.40ptg
Minggu/Tunjang
32/ Tatabahasa (Kata Arah, Kata Bilangan dan Kata Bantu)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Tajuk
Unit 12: Pahlawan Perkasa dan Unit 14: Taman Negara Gunung Malu
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud kata arah, kata bilangan dan kata bantu.
  2. Menyenaraikan contoh-contoh kata arah, kata bilangan dan kata bantu.
  3. Membezakan jenis-jenis kata bantu.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru berkenaan dengan kata arah, kata bilangan dan kata bantu. Kemudian, guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi contoh yang mereka tahu mengenai kata arah, kata bilangan  dan kata bantu. Guru kemudian menerangkan  perbezaan antara kata arah, kata bantu dan kata bilangan. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai kata penguat dan kata penegas yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
06.08.2012/Isnin
Masa: 2.35-3.05ptg (30 minit)
Minggu/Tunjang
32/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Kerajaan Melayu Tua (Ulangkaji Kerajaan Negeri Kedah).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Kedah.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Kedah.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Kedah
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan negeri Kedah.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kertas fotostat teka silang kata, gambar bendera Kedah, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru kemudian menerang kembali kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Kedah kepada pelajar. Kemudian, guru memberi latihan pengukuhan berbentuk teka silang kata kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing dan melengkapkan teka silang kata yang diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Hampir semua pelajar dapat menjawab teka silang kata yang diberi. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 10 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
07.08.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.05ptg
Minggu/Tunjang
32/ Bab 7
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Pengasasan Kerajaan Johor (Perang Tiga Segi, Perkembangan Persuratan Melayu)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan sebab-sebab kebangkitan Acheh
2.       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi
3.       Menyenaraikan hasil penulisan zaman kegemilangan kerajaan Johor.

Konsep dan Istilah
Perang Tiga Segi, Pengasas, Tanah Jajahan, Persuratan, Pusat Keilmuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menyanjungi dan memelihara warisan Kesultanan Melayu
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan melengkapkan jawapan berpandukan buku teks. Walaubagaimanapun, hanya separuh pengajaran sahaja yang dapat diselesaikan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
06.08.2012/Selasa
07.08.2012/Rabu
Masa: 3.05-4.40ptg
Masa: 12.05-1.15ptg
Minggu/Tunjang
32/ Ringkasan Teks
Bil Pelajar 1 : 36/36
Bil Pelajar 1 C: 33/37
Tajuk
 Internet Lebih Banyak Memberikan Kebaikan daripada Keburukan.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam teks mengikut kehendak soalan.
  2. Meringkaskan isi-isi penting tersebut dan dijadikan satu ringkasan karangan.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, tanggungjawab, berfikiran positif, menghargai masa.
Persediaan Guru
Buku Teks Tingkatan 1 Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru meminta pendapat pelajar mengenai isi-isi penting yang terdapat dalam teks. Guru kemudian menyenaraikan pendapat pelajar dipapan hitam. Guru kemudian menyuruh pelajar meringkaskan isi-isi penting tersebut menjadi sebuah ringkasan teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
07.08.2012/Rabu
Masa: 2.35-3.35ptg
Minggu/Tunjang
32/ Peperiksaan Percubaan PMR
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Peperiksaan Percubaan PMR (Sains Kertas 1 dan 2).















Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
08.08.2012/Rabu
Masa: 4.10-5.10-.ptg
Minggu/Tunjang
32/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 34
Tajuk
Kerajaan Negeri Melayu Tua (Perak)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
         1: Menceritakan asal usul nama negeri Perak.
         2: Menceritakan pengasasan kerajaan negeri Perak.
         3: Menyatakan lokasi kerajaan Perak

Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti, Demokrasi
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menunjukkan bendera negeri Perak kepada pelajar seperti yang terdapat dalam buku teks.
2.       Guru kemudian memilih pelajar secara rawak untuk membaca petikan dalam buku teks.
3.       Guru menerangkan kembali kepada pelajar mengenai istilah, asal usul nama, pembentukan dan keistimewaan negeri Perak kepada pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1L, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 1L, memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
09.08.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: 34/36)
10.08.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: 36/36 )
Masa: 2.35-3.35ptg
Masa: 12.05-1.15ptg
Minggu/Tunjang
32/ KOMSAS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

Tajuk
 Drama: Mendung Hitam Beralih Jua.
Genre
Drama
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama.
  2. Melatih pelajar menjawab soalan latihan yang terdapat dalam drama.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata


Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, pemaaf, rajin, berani, mengambil berat dan tidak berputus asa.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan kembali drama ini.
2.       Pelajar yang terpilih perlu melakonkan watak mereka didalam kelas.
3.       Guru membimbing pelajar mencari sinopsis, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih berjaya melakonkan kembali drama ini. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan watak dan perwatakan, gaya bahasa, plot, latar, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama ini. Objektif yang ditetapkan mencapai tahap 85% dan bakinya memerlukan pemerhatian khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
9.07.2012/Khamis
Masa: 4.10-5.10ptg
Minggu/Tunjang
32/ Bab 7
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Kemerosotan Kerajaan Johor (Perang Johor Jambi)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan tentang Perang Johor-Jambi
2.       Menyatakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perang Johor-Jambi.

Konsep dan Istilah
Perebutan Kuasa, campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepentingan perpaduan dengan mengamalkan sikap bersatu padu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan melengkapkan jawapan berpandukan buku teks. Objektif yang ditetapkan tercapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
10.08.2012/Jumaat
Masa: 1.15-1.45ptg
Minggu/Tunjang
32/ Bab 8
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu (Pahang).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan nama dan asal usul nama negeri Pahang
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan negeri Pahang.
Konsep dan Istilah
Naungan, ufti, demokrasi.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar telah menyalin nota untuk subtopik ini. Guru hanya menerang kembali kronologi untuk subtopik dengan penjelasan sesetengah istilah atau konsep supaya pelajar-pelajar lebih memahami.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 1L mendengar penerangan guru berkenaan topik yang diajar. Pelajar juga kerap bertanya mengenai susuatu istilah yang mereka kurang fahami. Pelajar juga memberi respon yang positif apabila disoal oleh guru. Oleh itu, objektif yang ditetapkan hari ini mencapai sasaran sebanyak 70 peratus sahaja kerana masa yang terhad iaitu 25 minit sahaja. P&P akan disambung pada minggu hadapan.


No comments:

Post a Comment