Sunday 5 August 2012

RPH MINGGU KE-31


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
30.07.2012/Isnin
1C: Masa: 12.10-1.15ptg
1G: Masa: 3.35-4.40ptg
Minggu/Tunjang
31/ Tatabahasa (Kata Penguat dan Kata Penegas)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Tajuk
Unit 9: Indahnya Bumi Kenyalang
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud kata penguat dan kata penegas.
  2. Menyenaraikan jenis-jenis kata penguat dan kata penegas.
  3. Membezakan antara kata penguat dan kata penegas.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru berkenaan dengan kata penguat dan kata penegas. Kemudian, guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi contoh yang mereka tahu mengenai kata penegas dan kata penguat. Guru kemudian menerangkan mengenai perbezaan antara kata penguat dengan kata penegas. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai kata penguat dan kata penegas yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
30.07.2012/Isnin
Masa: 2.35-3.05ptg (30 minit)
Minggu/Tunjang
31/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Kerajaan Melayu Tua (Kedah).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Kedah.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Kedah.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Kedah
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan negeri Kedah.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kertas fotostat teka silang kata, gambar bendera Kedah, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru menunjukkan gambar bendera Kedah kepada pelajar. Guru kemudian menerangkan kerajaan-kerajaan Melayu secara pecahan jadual kepada pelajar. Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Kedah kepada pelajar. Kemudian, guru memberi latihan pengukuhan berbentuk teka silang kata kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing dan melengkapkan teka silang kata yang diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 20 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
31.07.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.05ptg
Minggu/Tunjang
31/ Bab 7
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Pengasasan Kerajaan Johor (Usaha Johor Menguasai Melaka)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritaka usaha-usaha Johor menguasai Melaka.
2.       Menyatakan tokoh yang terlibat dalam usaha menawan semula Melaka.

Konsep dan Istilah
Warisan, Tanah Jajahan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan melengkapkan jawapan berpandukan buku teks. Walaubagaimanapun, hanya separuh pengajaran sahaja yang dapat diselesaikan. Objektif yang ditetapkan tidak tercapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
31.07.2012/Selasa
01.08.2012/Rabu
Masa: 3.05-4.40ptg
Masa: 12.05-1.15ptg
Minggu/Tunjang
31/ Karangan Berbantukan Bahan Rangsangan (Jadual)
Bil Pelajar 1 : 36/36
Bil Pelajar 1 C: 33/37
Tajuk
 Langkah-Langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyenaraikan langkah-langkah yang sesuai untuk mengurangkan kadar kemalangan.
  2. Mengembangkan perenggan karangan berdasarkan isi yang telah dibincangkan.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, kesabaran, bertimbang rasa dan beraklak mulia.
Persediaan Guru
Buku Teks Tingkatan 1 Bahasa Melayu dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Guru meminta pendapat pelajar mengenai langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Guru kemudian menyenaraikan pendapat pelajar dipapan hitam. Guru kemudian membuat jadual statistik kemalangan jalan raya dan pelajar dikehendaki menyalin jadual ini dalam buku karangan masing. Berdasarkan, isi yang dicari oleh pelajar guru menerangkan cara-cara untuk mengembangkan isi karangan mereka dengan cara yang betul.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
01.08.2012/Rabu
Masa: 2.35-3.35ptg
Minggu/Tunjang
31/ TEMA:5; Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: /37
Tajuk
Unit 8: Kenali Kementerian-Kementerian di Malaysia.
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawah kementerian di Malaysia.
  1. Mennyampaikan maklumat umum berkaitan dengan kementerian-kementerian di Malaysia kepada orang lain.
  2. Menghargai peranan kementerian-kementerian dalam pembangunan negara.








Aktiviti
1.       Pelajar diminta memberikan pendapat mereka mengenai nama-nama kementerian yang mereka tahu.
2.     Kemudian, guru mengaitkan pendapat pelajar dengan kementerian-kementerian yang terdapat di Malaysia.
3.     Guru menerangkan kepada pelajar mengenai carta organisasi kemnetreian di Malaysia dan menyuruh pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar berkenaan dengan kementerian-kementerian di Malaysia. Oleh itu, 75% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
01.08.2012/Rabu
Masa: 4.10-5.10-.ptg
Minggu/Tunjang
31/ PBS
Bil Pelajar: 34
Tajuk
Pembetulan Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Mendefinisikan istilah sejarah
2.       Menyenaraikan ciri-ciri sejarah.
3.       Menyatakan kaedah pengkajian sejarah
4.       Menyenaraikan tujuan mempelajari sejarah
5.       Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah

Aras 2: Pelajar dapat;
6.       Menggunakan istilah yang berkaitan dengan masa.
7.       Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah

Aras 3: Pelajar dapat;
8.       Mengelaskan sumber sejarah
Konsep dan Istilah
Arkeologi, Dekad, Sejarawan, Kronologi, Purba, Peleolitik, Mesolitik, Neolitik.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berbangga dengan warisan Negara dengan menghargai tinggalan sejarah.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru memulangkan kembali kertas ujian masing-masing kepada pelajar.
2.       Pelajar mengambil kertas ujian masing-masing.
3.       Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan berpandukan buku teks sejarah.
4.       Pelajar, kemudian dibantu oleh guru mencari dan membuat pembetulan dengan jawapan yang betul seperti yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1L, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 1L, memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
02.08.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: /36)
03.08.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: /36 )
Masa: 2.35-3.35ptg
Masa: 12.05-1.15ptg
Minggu/Tunjang
31/ KOMSAS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

Tajuk
 Drama: Surat Untuk Ina.
Genre
Drama
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama.
  2. Melatih pelajar menjawab soalan latihan yang terdapat dalam drama.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata


Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, pemaaf, rajin, berani, mengambil berat dan tidak berputus asa.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan kembali drama ini.
2.       Pelajar yang terpilih perlu melakonkan watak mereka dihadapan kelas.
3.       Guru membimbing pelajar mencari sinopsis, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih berjaya melakonkan kembali drama ini. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan watak dan perwatakan, gaya bahasa, plot, latar, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama ini. Objektif yang ditetapkan mencapai tahap 90% dan bakinya memerlukan pemerhatian khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
31.07.2012/Selasa
Masa: 4.10-5.10ptg
Minggu/Tunjang
31/ PBS
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Pembetulan Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah PBS
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Mendefinisikan istilah sejarah
2.       Menyenaraikan ciri-ciri sejarah.
3.       Menyatakan kaedah pengkajian sejarah
4.       Menyenaraikan tujuan mempelajari sejarah
5.       Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah.
Konsep dan Istilah
Arkeologi, Dekad, Sejarawan, Kronologi, Purba, Peleolitik, Mesolitik, Neolitik.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berbangga dengan warisan negara dengan menghargai tinggalan sejarah.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru memulangkan kembali kertas ujian masing-masing kepada pelajar.Pelajar mengambil kertas ujian masing-masing. Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan berpandukan buku teks sejarah. Pelajar, kemudian dibantu oleh guru mencari dan membuat pembetulan dengan jawapan yang betul seperti yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas tingkatan 1K berjalan seperti yang dirancang. Objektif yang ditetapkan pada hari ini mencapai tahap 70 peratus dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
03.08.2012/Jumaat
Masa: 1.15-1.45ptg
Minggu/Tunjang
31/ Ulangkaji
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Ulangkaji Bab 8. (Topik Kerajaan Negeri-Negeri Melayu: Kedah)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan asal usul nama negeri Kedah.
2.       Menceritakan pengasasan dan pentadbiran negeri Kedah
3.       Menyenaraikan keistimewaan negeri Kedah

Konsep dan Istilah
Bunga emas, ufti, naungan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar telah menyalin nota untuk subtopik ini. Guru hanya menerang kembali kronologi untuk subtopik dengan penjelasan sesetengah istilah atau konsep supaya pelajar-pelajar lebih memahami.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 1L mendengar penerangan guru berkenaan topik yang diajar. Pelajar juga kerap bertanya mengenai susuatu istilah yang mereka kurang fahami. Pelajar juga memberi respon yang positif apabila disoal oleh guru. Oleh itu, objektif yang ditetapkan hari ini mencapai sasaran sebanyak 90 peratus. P&P akan disambung pada minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment