Wednesday 22 August 2012

RPH MINGGU KE-33

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
13.08.2012/Isnin
1C: Masa: 12.10-1.15ptg
1G: Masa: 3.35-4.40ptg
Minggu/Tunjang
33/ Tatabahasa (Kata Terbitan)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Tajuk
Unit 15: Belia Harapan Negara
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud kata terbitan.
  2. Menyenaraikan 4 jenis kata terbitan.
  3. Membezakan jenis-jenis kata terbitan.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru menerangkan maksud kata terbitan beserta jenis-jenisnya kepada pelajar Bagi imbuhan awalan guru menerangkan dengan terperinci dan pelajar menyalin nota yang diberikan dalam buku masing-masing. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai kata terbitan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
13.08.2012/Isnin
Masa: 2.35-3.05ptg (30 minit)
Minggu/Tunjang
33/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Kerajaan Melayu Tua (Pahang).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama negeri Pahang.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Pahang.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Pahang
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan negeri Pahang.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru  menerang kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Pahang kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing. Guru kemudian memilih pelajar secara rawak dan menyoal kembali topik pengajaran.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 20 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
14.08.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.05ptg
Minggu/Tunjang
33/ Bab 7
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Pengasasan Kerajaan Johor (Perebutan Kuasa, Perebutan Takhta dan Penglibatan Bugis di Johor)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan perebutan kuasa yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.
2.       Menceritakan penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor.
3.       Menceritakan tentang Perang Johor-Jambi.

Konsep dan Istilah
Perebutan takhta , merampas kuasa dan campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setia pada Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan melengkapkan jawapan berpandukan buku teks. Walaubagaimanapun, hanya separuh pengajaran sahaja yang dapat diselesaikan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C 
Tarikh/Hari
14.08.2012/Selasa
Masa: 3.05-4.40ptg
Minggu/Tunjang
33/ Program NILAM
Bil Pelajar : 36/36
Tajuk
 Program NILAM
Refleksi


Pelajar-pelajar tingkatan 1C membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dan mencatatkan bahan bacaan mereka dalam buku NILAM masing-masing.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G
Tarikh/Hari
15.08.2012/Rabu
Masa: 12.05-1.15ptg
Minggu/Tunjang
33/ Ringkasan Teks
Bil Pelajar 1 G: 36/36
Tajuk
 Internet Lebih Banyak Memberikan Kebaikan daripada Keburukan.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam teks mengikut kehendak soalan.
  2. Meringkaskan isi-isi penting tersebut dan dijadikan satu ringkasan karangan.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, tanggungjawab, berfikiran positif, menghargai masa.
Persediaan Guru
Buku Teks Tingkatan 1 Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru meminta pendapat pelajar mengenai isi-isi penting yang terdapat dalam teks. Guru kemudian menyenaraikan pendapat pelajar dipapan hitam. Guru kemudian menyuruh pelajar meringkaskan isi-isi penting tersebut menjadi sebuah ringkasan teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
15.08.2012/Rabu
Masa: 2.35-3.35ptg
Minggu/Tunjang
33/ Tema 5: Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: 30/37
Tajuk
Pentadbiran Berkesan Negara Gemilang
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1. Mengenalpasti peranan kementerian-kementerian di Malaysia dalam pembangunan Negara.
2.  Mengumpulkan maklumat tentang peranan kementerian di Malaysia dalam pembangunan Negara.
3. Menghargai peranan kementerian-kementerian dalam pembangunan Negara.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.   Kemudian, guru menunjukkan beberapa keratan akhbar yang berkaitan dengan topik pengajaran.
3.  Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan keratan akhbar dengan topik pengajaran.
4.   Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar. Pelajar secara sukarela menjawab dengan tepat apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
15.08.2012/Rabu
Masa: 4.10-5.10-.ptg
Minggu/Tunjang
33/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Kerajaan Negeri Melayu Baru (Kelantan dan Terengganu)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
         1: Menceritakan asal usul nama negeri Kelantan dan Terengganu
         2: Menceritakan pengasasan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu
         3: Menyatakan lokasi kerajaan Kelantan dan Terengganu
         4: Menyenaraikan keistimewaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti, Demokrasi
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menunjukkan bendera negeri Kelantan dan Terengganu kepada pelajar seperti yang terdapat dalam buku teks.
2.       Guru kemudian memilih pelajar secara rawak untuk membaca petikan dalam buku teks.
3.       Guru menerangkan kembali kepada pelajar mengenai istilah, asal usul nama, pembentukan dan keistimewaan negeri Perak kepada pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1L, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 1L, memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

No comments:

Post a Comment