Sunday 2 September 2012

RPH MINGGU KE-35

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
27.08.2012/Isnin
1C: Masa: 12.50-2.00ptg
1G: Masa: 4.35-5.45ptg
Minggu/Tunjang
35/ Tatabahasa (Imbuhan Pinjaman)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 34/37
Tajuk
Unit 16: Pengembaraan Misteri
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Imbuhan Pinjaman.
  2. Menyenaraikan jenis-jenis Imbuhan Pinjaman.
  3. Membezakan jenis-jenis Imbuhan Pinjaman.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru menerangkan maksud Imbuhan Pinjaman beserta jenis-jenisnya kepada pelajar Bagi imbuhan pinjaman awalan dan akhiran, guru menerangkan dengan terperinci dan pelajar menyalin nota yang diberikan dalam buku masing-masing. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai imbuhan pinjaman.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
27.08.2012/Isnin
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
35/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Kerajaan Melayu Baru (Negeri Sembilan).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama Negeri Sembilan
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Negeri Sembilan.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Negeri Sembilan
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan Negeri Sembilan.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru  menerang kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Pahang kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing. Guru kemudian memilih pelajar secara rawak dan menyoal kembali topik pengajaran.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 20 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
28.08.2012/Selasa
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
35/ Bab 7
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Pengasasan Kerajaan Johor (Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan latar belakang Syarikat Hindia Timur Belanda.
2.       Menceritakan kronologi penguasaan Syarikat Hindia Timur Belanda.

Konsep dan Istilah
Perebutan takhta , merampas kuasa dan campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setia pada Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu menggaris isi-isi penting tersebut dengan dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K menggaris jawapan berpandukan buku teks. Walaubagaimanapun, hanya separuh pengajaran sahaja yang dapat diselesaikan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1 C dan 1G
Tarikh/Hari
28.08.2012/Selasa (1C) Bil. Pelajar:36/36
29.08.2012/Rabu (1G) Bil. Pelajar: 34/37
Masa: 4.00-5.10ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
35/ PBS
Tajuk
 Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
29.08.2012/Rabu
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
35/ Tema 5: Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: 32/37
Tajuk
Perkhidmatan Cemerlang Negara Terbilang, Berkhidmat Untuk Negara dan Pentadbiran Cekap Negara Maju.
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti pasti agensi-agensi/jabataan-jabatan di bawah kementerian-kementerian di Malaysia.
2.       Menyatakan peranan agensi-agensi/jabatan-jabatan di bawah kementerian di Malaysia.
3.       Menghargai peranan agensi-agensi/jabatan-jabatan di bawah kementerian-kementerian di Malaysia.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Kemudian, guru menunjukkan beberapa logo yang berkaitan dengan topik pengajaran.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan logo dengan topik pengajaran.
4.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar. Pelajar secara sukarela menjawab soalan apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
29.08.2012/Rabu
Masa: 5.10-6.20-.ptg
Minggu/Tunjang
35/ Bab 8: Warisan Kesultanan Melayu
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
         1: Mendefinisikan konsep daulat dan tulah.
         2: Menyenaraikan ciri-ciri yang mengukuhkan daulat.
         3: Menamakan alat-alat kebesaran negeri-negeri Melayu.
         4: Mengumpul maklumat tentang peranan pembesar di peringkat jajahan dan
             daerah.
Konsep dan Istilah
Daulat, Jajahan, golongan magis, kuasa mutlak dan susun lapis pembesar.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepatuhan kepada undang-undang dan pentadbiran.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru  memilih pelajar secara rawak untuk membaca petikan dalam buku teks.
2.       Guru menerangkan kembali kepada pelajar mengenai daulat,tulah, ciri-ciri dan alat-alat kebesaran negeri Melayu kepada pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1L, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 1L, memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G
Tarikh/Hari
30.08.2012
Khamis
Masa: 12.50-2.00ptg
Bil Pelajar: 35/37
Minggu/Tunjang
35/ PBS
Tajuk
 Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
30.08.2012/Khamis
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
35/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Kerajaan Melayu Yang Tua (Kedah, Perak dan Pahang)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama negeri Kedah, Perak dan Pahang.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Kedah, Perak dan Pahang.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Kedah, Perak dan Pahang.
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan Kedah, Perak dan Pahang.
Konsep dan Istilah
Naungan, ufti dan demokrasi.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Keunikan kerajaan-kerajaan Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K tidak berlaku seperti yang dirancang. Hal ini kerana pada waktu ini semua pelajar tingkatan 1 dan 2 dikehendaki menghadiri perhimpunan sempena menyambut Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan disambung pada minggu hadapan.



Tarikh/Hari
31.08.2012 (Jumaat)
Minggu/Tunjang
35/  Cuti Sekolah Sempena Hari Merdeka

No comments:

Post a Comment