Tuesday 18 September 2012

RPH MINGGU KE-37


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
10.09.2012/Isnin
1C: Masa: 12.50-2.00ptg
1G: Masa: 4.35-5.45ptg
Minggu/Tunjang
37/ Tatabahasa (Pola Ayat Dasar dan Susunan Ayat Tunggal)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 36/36
Tajuk
Unit 22: Tukang Emas
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Pola Ayat Dasar dan Susunan Ayat Tunggal.
  2. Menyenaraikan bentuk-bentuk Pola Ayat Dasar dan Susunan Ayat Tunggal
  3. Membina ayat daripada 4 jenis Pola Ayat Dasar.
  4. Membina dan menyongsangkan Susunan Ayat Tunggal.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru menerangkan maksud Pola Ayat Dasar beserta jenis-jenisnya kepada pelajar Bagi Sususnan Ayat Tunggal, guru menerangkan dengan terperinci teknik yang betul untuk menyongsangkan ayat tunggal dan pelajar menyalin nota yang diberikan dalam buku masing-masing. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai Pola Ayat Dasar dan Susunan Ayat Tunggal.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
10.09.2012/Isnin
Masa: 3.25-4.00ptg.
Minggu/Tunjang
37/ Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
Bil Pelajar: 32/37
Tajuk
Sambungan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Membina struktur pentadbiran Kerajaan-Kerajaan Melayu dan Negeri Sembilan
2.       Memerihalkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan.
Konsep dan Istilah
Unit politik, Luak, Buapak, Perut, Pembahagian pusaka, suku, waris.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepatuhan kepada undang-undang dan pentadbiran.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kapur, bendera Negeri Sembilan  dan buku rujukan sejarah tingkatan 1.
Aktiviti
Guru menunjukkan bendera Negeri Sembilan kepada pelajar dan mengaitkan bendera tersebut dengan isi pengajaran iaitu mengenai system pemerintahan dan pentadbiran. Guru kemudian membuat jadual pembahagian mengenai adat Temenggung dan adat Perpatih dan menyuruh pelajar menyalin jadual tersebut dalam buku nota masing-masing. Guru menerangkan struktur pentadbiran Negeri Sembilan berbentuk piramid dan menyuruh pelajar menyalin nota masing-masing. 
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 20 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
11.09.2012/Selasa
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
37/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 30/35
Tajuk
Kerajaan Melayu Tua (Kerajaan Negeri Pahang).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Pahang.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Pahang.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Pahang.
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan negeri Pahang.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kertas fotostat nota, gambar bendera Pahang, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru menerang kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Pahang kepada pelajar. Kemudian, guru memberi latihan pengukuhan berbentuk teka silang kata kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing dan melengkapkan teka silang kata yang diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K menggariskan isi-isi penting dalam kertas nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap topik yang diajar. Oleh itu, 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 30 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
11.09.2012/Selasa
12.09.2012/Rabu
Masa: 4.00-5.10ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
37/ Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
 Penggunaan Jalan Raya dan Masalahnya.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Membentangkan idea bagi menjelaskan masalah pengguna jalan raya dengan kata,istilah, frasa dan ayat yang tepat berdasarkan grafik.
  2. Mengemukakan soalan dan jawapan yang mudah tentang penggunaan jalan raya untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman.
KBT
Pengurusan grafik
Penerapan Nilai
Sayang akan diri dan keluarga.
Persediaan Guru
Buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia.
Aktiviti
Membentangkan  idea, memberikan respon, mencatat maklumat, menulis rumusan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
12.09.2012/Rabu
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
37/ Tema 6: Cabaran Masa Depan
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Sumbangan Kepada Keamanan Dunia, Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengetahui tentang kepentingan keamanan sejagat.
2.       Merancang pelbagai aktiviti untuk member sumbangan kepada keamanan dunia.
3.       Mengetahui peraturan-peraturan asas dalam Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
4.       Menyatakan kepentingan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan petikan teks dengan topik pengajaran.
3.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M tidak dapat dijalankan ekoran perhimpunan khas untuk semua pelajar Tingkatan 3. Oleh itu, P&P akan disambung pada minggu hadapan.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
12.09.2012/Rabu
Masa: 5.10-6.20-.ptg
Minggu/Tunjang
37/ Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Sistem Perundangan Kerajaan Melayu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
         1: Menceritakan tentang latar belakang Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
         2: Menyatakan prinsip-prinsip Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
         3: Menyenaraikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Hukum Kanun
              Melaka , Undang-Undang Laut Melaka, Undang-Undang 99 Perak, Undang-
              Undang Pahang, Undang-Undang Kedah dan Sistem perundangan di 
              Kelantan.
         4:  Membandingkan undang-undang adat dengan undang-undang bertulis.
Konsep dan Istilah
Undang-Undang bertulis, Undang-Undang tidak bertulis, Undang-undang Adat.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai sistem perundangan tradisi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru  memilih pelajar secara rawak untuk membaca petikan dalam buku teks.
2.       Guru menerangkan kembali kepada pelajar mengenai undang-undang adat dan undang-undang bertulis  kepada pelajar secara teperinci.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1L, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 1L, memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
13.09.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: 34/36)
14.09.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: 36/36 )
Masa: 3.25-4.35ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
37/ KOMSAS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG
Tajuk
Hikayat Merakarma
Genre
Prosa Tradisional
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional.
  2. Melatih pelajar menjawab soalan latihan yang terdapat dalam prosa tradisional.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata
Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, pemaaf, rajin, berani, mengambil berat dan tidak berputus asa.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Guru meminta pandangan pelajar tentang Hikayat Merakarma.
2.       Guru membimbing pelajar mencari sinopsis, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional ini.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih berjaya melakonkan kembali drama ini. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan watak dan perwatakan, gaya bahasa, plot, latar, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama ini. Objektif yang ditetapkan mencapai tahap 85% dan bakinya memerlukan pemerhatian khusus daripada guru.




Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
13.09.2012/Khamis
Masa: 4.10-5.10ptg
Minggu/Tunjang
37/ Bab 8
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Kerajaan Melayu Baru (Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal usul negeri Kelantan, Terengganu, Selnagor dan Negeri Sembilan.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan-kerajaan Melayu yang baru.

Konsep dan Istilah
Naungan, Demokrasi dan Ufti
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota dan perlu menggariskan isi-isi penting berkenaan topik pengajaran. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan menggariskan isi penting berpandukan buku teks. Objektif yang ditetapkan tercapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
14.09.2012/Jumaat
Masa: 2.50-3.20ptg
Minggu/Tunjang
37/ Bab 9
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Kegiatan Ekonomi di Negeri-Negeri Melayu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Mendefinisikan konsep sara diri.
2.       Mengumpul maklumat tentang kegiatan perlombongan, kraftangan dan perdagangan.
3.       Member contoh mata wang yang digunakan
4.       Menyatakan sistem cukai yang diperkenalkan.
Konsep dan Istilah
Sara diri, bebas cukai, sistem serah, sistem kerah, cukai labuh batu.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berbangga dengan bumi kita yang bertuah.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar telah menyalin nota untuk subtopik ini. Guru hanya menerang kembali kronologi untuk subtopik dengan penjelasan sesetengah istilah atau konsep supaya pelajar-pelajar lebih memahami.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 1L mendengar penerangan guru berkenaan topik yang diajar. Pelajar juga kerap bertanya mengenai susuatu istilah yang mereka kurang fahami. Pelajar juga memberi respon yang positif apabila disoal oleh guru. Oleh itu, objektif yang ditetapkan hari ini mencapai sasaran sebanyak 80 peratus. P&P akan disambung pada minggu hadapan.

Tarikh/Hari
15.09.2012/ Sabtu
SEMINAR KEIBUPAAAN PIBG ANJURAN PIBG SMK SERIAN
Masa: 7.45-12.30 tghri



No comments:

Post a Comment