Friday 7 September 2012

RPH MINGGU KE-36

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
03.09.2012/ Isnin
1C: Masa: 12.50-2.00ptg
1G: Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
36/ Ujian PBS
Bil Pelajar 1 C: 35/36
Bil Pelajar 1 G: 34/36
Tajuk
 Sambungan Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu  (Band 1)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
03.09.2012/Isnin
Masa: 3.25-4.00ptg.
Minggu/Tunjang
36/ Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Membina struktur pentadbiran Kerajaan-Kerajaan Melayu dan Negeri Sembilan
2.       Memerihalkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan.
Konsep dan Istilah
Unit politik, Luak, Buapak, Perut, Pembahagian pusaka, suku, waris.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepatuhan kepada undang-undang dan pentadbiran.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kapur, bendera Negeri Sembilan  dan buku rujukan sejarah tingkatan 1.
Aktiviti
Guru menunjukkan bendera Negeri Sembilan kepada pelajar dan mengaitkan bendera tersebut dengan isi pengajaran iaitu mengenai system pemerintahan dan pentadbiran. Guru kemudian membuat jadual pembahagian mengenai adat Temenggung dan adat Perpatih dan menyuruh pelajar menyalin jadual tersebut dalam buku nota masing-masing. Guru menerangkan struktur pentadbiran Negeri Sembilan berbentuk piramid dan menyuruh pelajar menyalin nota masing-masing. 
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 10 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.
Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
04.09.2012/Selasa
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
36/ Bab 8: Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bil Pelajar: 30/35
Tajuk
Kerajaan Melayu Tua (Kerajaan Negeri Kedah).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Kedah.
2.       Menceritakan pengasasan kerajaan Kedah.
3.       Menyatakan lokasi kerajaan Kedah
4.       Menyenaraikan keistimewaan dan keunikan negeri Kedah.
Konsep dan Istilah
Naungan, Ufti dan Bunga Emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebanggaan terhadap warisan kita iaitu menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, kertas fotostat teka silang kata, gambar bendera Kedah, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru menerang kepada pelajar mengenai asal-usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan dan keunikan negeri Kedah kepada pelajar. Kemudian, guru memberi latihan pengukuhan berbentuk teka silang kata kepada pelajar. Pelajar menyalin nota dalam buku nota masing-masing dan melengkapkan teka silang kata yang diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap topik yang diajar. Hampir separuh pelajar dapat menjawab teka silang kata yang diberi. Oleh itu, 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya 30 peratus memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
04.09.2012/ Selasa
05.09.2012/Rabu
1C: Masa: 4.00-5.10ptg
1G: Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
36/ Ujian PBS
Bil Pelajar 1 C: 35/36
Bil Pelajar 1 G: 34/36
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu  (Band 2)

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
05.09.2012/Rabu
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
36/ Tema 6: Cabaran Masa Depan
Bil Pelajar: 30/37
Tajuk
Unit 9: Mengekalkan Keamanan Negara dan Sejagat (Ancaman Dalaman dan Ancaman Luaran).
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Menyedari tentang kepentingan keamanan Negara dan sejagat.
2.       Menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan Negara dan sejagat.
3.       Menghargai keamanan Negara dan sejagat.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Kemudian, guru menunjukkan keratan akhbar yang berkaitan dengan topik pengajaran.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan keratan akhbar dengan topik pengajaran.
4.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar. Pelajar secara sukarela menjawab soalan apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan bakinya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru dari semasa ke semasa.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
05.09.2012/Rabu
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
36/ Ujian PBS
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah (Bab 3 dan 4) Tingkatan 1.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
06.09.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: 35/36)
07.09.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: 36/36 )
Masa: 3.25-4.35ptg
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
36/ KOMSAS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG
Tajuk
 Sajak: Diari Lama
Genre
Sajak
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti maksud yang tersirat dan tersurat dalam sajak yang dipelajari.
  2. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan tema, persoalan, bentuk-bentuk dan ciri-ciri sajak, gaya bahasa, nilai, pengajaran
Sistem Bahasa
Kata Pascakata
Penerapan Nilai
Nasionalisme, cinta akan negara , kasih sayang, bangga, tidak berputus asa, gigih dan mengenang jasa.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membaca sajak.
2.       Pelajar yang terpilih perlu membaca dengan penuh gaya dihadapan kelas.
3.       Guru membimbing pelajar mencari tema, persoalan dan ciri-ciri sajak, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih berjaya menghayati dan membaca sajak ini. Pelajar juga memahami maksud sajak yang tersirat disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan tema, persoalan, gaya bahasa, bentuk, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. Objektif yang ditetapkan mencapai tahap 75% dan bakinya memerlukan pemerhatian khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
06.09.2012/Khamis
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
36/ Ujian PBS
Bil Pelajar: 30/35
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah (Bab 3 dan 4) Tingkatan 1.




Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
07.09.2012/Jumaat
Masa: 3.10-3.45ptg
Minggu/Tunjang
36/PBS
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Sambungan Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah (Bab 4) Tingkatan 1.

No comments:

Post a Comment