Sunday 29 July 2012

RPH MINGGU KE-30


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
23.07.2012/Isnin
Masa: 1.15-2.20ptg
Minggu/Tunjang
30/ Bab 7
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Kemerosotan Kerajaan Johor (Perebutan Kuasa dan Perebutan Takhta.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan perebutan kuasa yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.
2.       Menyenaraikan nama tokoh yang terlibat dalam perebutan kuasa dan takhta.
Konsep dan Istilah
Perebutan takhta, merampas kuasa.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setia kepada Negara dengan berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang telah diringkaskan oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar. Kemudian, guru menerangkan kepada pelajar mengenai kronologi perebutan kuasa dan takhta di Johor. Guru kemudian menyoal kembali kepada pelajar mengenai topik yang telah diajar berdasarkan gambar yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Pelajar memberikan maklum balas yang memberansangkan apabila guru menanya soalan berkaitan topik kepada mereka.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
23.07.2012/Isnin
24.07.2012/Selasa
Masa: 4.10-5.10ptg
Masa: 3.05-4.10ptg
Minggu/Tunjang
30/ Tatabahasa (Kata Penguat dan Kata Penegas)
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 34/36
Tajuk
Unit 9: Indahnya Bumi Kenyalang
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud kata penguat dan kata penegas.
  2. Menyenaraikan jenis-jenis kata penguat dan kata penegas.
  3. Membezakan antara kata penguat dan kata penegas.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru berkenaan dengan kata penguat dan kata penegas. Kemudian, guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi contoh yang mereka tahu mengenai kata penegas dan kata penguat. Guru kemudian menerangkan mengenai perbezaan antara kata penguat dengan kata penegas. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai kata penguat dan kata penegas yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
24.07.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.05ptg
Minggu/Tunjang
30/ Bab 7
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Pengasasan Kerajaan Johor (Usaha Johor Menguasai Melaka)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritaka usaha-usaha Johor menguasai Melaka.
2.       Menyatakan tokoh yang terlibat dalam usaha menawan semula Melaka.

Konsep dan Istilah
Warisan, Tanah Jajahan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota berbentuk isi tempat kosong berkenaan topik pengajaran. Pelajar perlu mengisi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang terdapat dalam buku teks dibantu oleh guru. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan melengkapkan jawapan berpandukan buku teks. Walaubagaimanapun, hanya separuh pengajaran sahaja yang dapat diselesaikan. Objektif yang ditetapkan tidak tercapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, pengajaran akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
25.07.2012/Rabu
26.07.2012/Khamis
Masa: 12.05-12.40ptg
Masa: 2.35-3.35ptg
Minggu/Tunjang
28/ Karangan Berbentuk Dialog (Sambungan)
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Tajuk
 Kempen Cegah Salah Laku Pelajar dan Cara-Cara Meningkatkan Tahap Kesihatan Pelajar.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan definisi salah laku pelajar.
  2. Menyenaraikan bentuk-bentuk salah laku pelajar.
  3. Memperihalkan bentuk-bentuk tindakan yang wajar diambil untuk menangani salah laku pelajar.
  4. Menyenaraikan cara-cara meningkatkan kesihatan pelajar.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, bertanggungjawab, berdisiplin dan beraklak mulia.
Persediaan Guru
Buku Teks Tingkatan 1 Bahasa Melayu dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Guru memberikan salinan fotostat karangan dialog yang sebenar kepada pelajar memandangkan ramai pelajar yang tidak faham untuk membuat karangan dialog. Pelajar perlu melekatkan salinan tersebut dalam buku karangan masing-masing. Guru memberi tajuk karangan dialog yang baru sebagai latihan kepada pelajar berdasarkan contoh karangan yang telah diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C tidak berjalan seperti yang dirancang. Keadaan ini disebabkan oleh pertukaran kelas yang berlaku kerana kelas 1C perlu menjalani ujian.

Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
25.07.2012/Rabu
Masa: 2.35-3.35ptg
Minggu/Tunjang
29/ TEMA:5; Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Unit 7, B: Suruhanjaya Diraja.
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti tugas dan peranan Suruhanjaya Diraja.
  1. Mencari maklumat tentang Suruhanjaya Diraja
  2. Menghargai peranan Suruhanjaya Diraja.








Aktiviti
1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Kemudian, pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru dalam bentuk pecahan jadual.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengisi semula jadual yang telah dikosongkan dengan jawapan yang tepat.
4.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar berkenaan dengan Suruhanjaya Diraja. Pelajar secara sukarela menjawab dengan tepat apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Pelajar kemudian menghantar latihan di akhir P&P. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
25.07.2012/Rabu
Masa: 4.10-5.10ptg
Minggu/Tunjang
30/ Bab 7
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Subtopik: Kemerosotan Kerajaan Johor, (Penglibatan Bugis di Johor dan Pengaruh Syarikat Hindia Timur di Belanda).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor
2.       Menyatakan pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda di Johor.
Aras 2: Pelajar dapat;

3.       Menghuraikan peranan Bugis dalam Kerajaan Johor.
Konsep dan Istilah
Perebutan takhta, merampas kuasa dan campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepentingan perpaduan dengan mengamalkan sikap bersatu padu.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang terdapat dalam buku teks. Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik pengajaran.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
26.07.2012/Khamis
Masa: 4.10-5.10ptg
Minggu/Tunjang
30/ Bab 7
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Subtopik (Usaha Johor Menguasai Melaka, Kebangkitan Acheh, Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor.
2.       Menyatakan sebab-sebab kebangkitan Acheh.
3.       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi.

Konsep dan Istilah
Warisan, Perang Tiga Segi, Pengasas dan Tanah Jajahan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Keberanian dan ketabahan dalam perjuangan dan mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru memberikan salinan fotostat berkenaan dengan topik pengajaran kepada semua pelajar. Pelajar 1K, dikehendaki mengisi isi tempat kosong yang telah disediakan dengan merujuk buku teks masing-masing. Pelajar dikehendaki melekat kertas yang telah lengkap diisi dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
P&P kelas 1K, berjalan seperti yang dirancang. Pelajar 1K dapat mengisi jawapan berpandukan buku teks tetapi dengan bantuan guru. Sebilangan pelajar bertanya mengenai beberapa istilah yang mereka kurang fahami seterusnya wujud komunikasi dua hala. 80 peratus objektif yang ditetapkan hari ini tercapai. Bakinya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru pada P&P yang akan datang.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
27.07.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: /36)
27.07.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: /36 )
Masa: 2.00-2.50ptg
Masa: 4.20-5.10ptg
Minggu/Tunjang
30/ KOMSAS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

Tajuk
 Cerpen: Yuran
Genre
Cerpen
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
  2. Melatih pelajar menjawab soalan latihan yang terdapat dalam cerpen.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata


Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, hormat menghormati, rajin, berani, mengambil berat dan tidak berputus asa.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Pelajar perlu ingat kembali jalan cerita cerpen Yuran.
2.       Pelajar menyalin nota berkaitan nilai dan pengajaran.
3.       Menjawab soalan pemahaman berdasarkan cerpen dan sajak yang telah dipelajari.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih secara rawak telah berjaya menyatakan pendapat mereka mengenai cerpen yang telah dipelajari. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan watak dan perwatakan, gaya bahasa, plot, latar, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini. Akhir P&P, guru memberikan latihan pengukuhan berkaitan dengan cerpen Tempang dan sajak ’Jangan’ kepada pelajar. Objektif yang ditetapkan mencapai tahap 90% dan bakinya memerlukan pemerhatian khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
27.07.2012/Jumaat
Masa: 2.50-3.15ptg
Minggu/Tunjang
30/ Bab 7
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Sambungan Perbincangan; Subtopik: Kemerosotan Kerajaan Johor, (Perebutan Kuasa dan Perebutan Takhta).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan tokoh yang terlibat dalam perebutan kuasa dan perebutan takhta di Johor.
2.       Memberikan kesan ekoran perebutan kuasa dan perebutan takhta yang berlaku di Johor.
Konsep dan Istilah
Perebutan takhta, merampas kuasa dan campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar telah menyalin nota untuk subtopik ini. Guru hanya menerang kembali kronologi untuk subtopik dengan penjelasan sesetengah istilah atau konsep supaya pelajar-pelajar lebih memahami.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 1L mendengar penerangan guru berkenaan topik yang diajar. Pelajar juga kerap bertanya mengenai susuatu istilah yang mereka kurang fahami. Pelajar gjuga memberi respon yang positif apabila disoal oleh guru. Oleh itu, objektif yang ditetapkan hari ini mencapai sasaran sebanyak 70 peratus sahaja kerana masa yang terhad iaitu 25 minit sahaja. P&P akan disambung pada minggu hadapan.






No comments:

Post a Comment