Sunday 8 July 2012

RPH MINGGU KE-27


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
02.07.2012/Isnin
Masa: 12.50-2.00ptg/5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
27/Pemahaman
Bil Pelajar: 35/36 dan 34/36
Tajuk
Unit 7: Wira Bangsa (Mencari Maklumat dan Membezakan Maklumat)
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Mencari maklumat berdasarkan teks yang dikaji.
  2. Membezakan maklumat berdasarkan teks yang dikaji.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kerjasama, berani mencuba, tidak berputus asa.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar membaca teks laporan yang terdapat dalam buku teks masing-masing. Guru menyuruh pelajar menyenaraikan maklumat ringkas berdasarkan teks yang dikaji. Pelajar menjawab soalan yang terdapat dalam buku teks. Pelajar menghantar buku latihan masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak tahu menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai, manakala 20 peratus lagi tidak tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
02.07.2012/Isnin
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
27/ Bab 7
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka. (Latihan Subtopik Pengasasan Kerajaan Johor).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan kesan kejatuhan Melaka
2.       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor
3.       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi.
Konsep dan Istilah
Warisan, Pengasas dan Tanah Jajahan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa dan keberanian dalam perjuangan.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin soalan latihan yang diberikan oleh guru. Pelajar diminta mencari  jawapan di dalam buku teks. Pelajar dikehendaki menghantar buku latihan masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin latihan yang diberikan oleh guru. Walaubagaimanapun, sebilangan pelajar tidak dapat menyiapkan latihan mereka seterusnya tidak dapat menghantar buku latihan pada hari itu. Oleh itu, objektif yang ditetapkan hanya mencapai 70 peratus.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
02.07.2012/Isnin
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
27/ Bab 7
Bil Pelajar: 31/33
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka. (Sambungan Pengasasan Kerajaan Johor).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan usaha-usaha Sultan Mahmud Syah Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
2.       Menyatakan kesan kejatuhan Melaka
3.       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor
Konsep dan Istilah
Warisan, Pengasas dan Tanah Jajahan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa dan keberanian dalam perjuangan.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru dalam bentuk jadual mengikut rentetan peristiwa.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K menyalin nota yang diberikan oleh guru.

Tarikh/Hari
03/07/2012/Selasa
04/07/2012/Rabu
05/07/2012/Khamis
P&P tidak dapat dijalankan.
Sekolah menyambut Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-47 pada ketiga-tiga hari tersebut.





















Tarikh/Hari
06/07/2012/Jumaat
P&P tidak dapat dijalankan.
Sekolah menyambut cuti peristiwa sempena Kejohanan Sukan Kali Ke-47.





















No comments:

Post a Comment