Sunday 1 July 2012

RPH MINGGU KE-26


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
25.06.2012/Isnin
Masa: 12.50-2.00ptg/5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
26/Tatabahasa
Bil Pelajar: 35/36 dan 34/36
Tajuk
Kata Hubung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan makna kata hubung.
  2. Membezakan kata hubung kepada 3 kategori iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
  3. Menjawab soalan berkaitan kata hubung yang sesuai.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kerjasama, berani mencuba, hormat-menghormati dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks dan buku rujukan Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar menulis maksud dan 3 kategori kata hubung dalam buku nota masing-masing. Guru memberi penerangan kepada pelajar dengan memberi beberapa contoh ayat merangkumi 3 kategori kata hubung kepada pelajar. Pelajar membuat latihan kata hubung seperti yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Pelajar juga dapat menjawab soalan-soalan contoh yang diberikan oleh guru selepas guru memberi penerangan kepada mereka. Oleh itu, objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
25.06.2012/Isnin
Masa: 3.25-4.00ptg/4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
26/ Bab 7
Bil Pelajar: 33/34 dan 32/33
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka. (Kebangkitan Acheh).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan sebab-sebab kebangkitan Acheh.
2.       Menyenaraikan negeri-negeri yang dapat ditakluk oleh Acheh.
3.       Menamakan tokoh yang terlibat dalam kebangkitan Acheh.
Konsep dan Istilah
Warisan, Pengasas dan Tanah Jajahan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa dan keberanian dalam perjuangan.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru dalam bentuk isi-isi penting dan secara peta minda. Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai sebab-sebab kebangkitan Acheh berdasarkan peta yang terdapat dalam buku teks. Pelajar kemudian membuat latihan yang diberikan oleh guru.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L dapat memahami rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan peta yang perlu mereka lukis seperti yang terdapat dalam buku teks. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap topik yang diajar berdasarkan pertanyaan mereka dalam kelas seterusnya wujud komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Latihan yang diberikan juga dapat dijawab dan objektif yang ditetapkan pada hari itu tercapai.


Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
26.06.2012/Selasa
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
26/ Adat Resam dan Pantang Larang Pelbagai Kaum.
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Keunikan Kaum di Malaysia
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Memahami adat resam dan pantang larang pelbagai kaum.
  1. Berupaya menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum.





  1. Menerima dan menghormati adat dan pantang larang pelbagai kaum.


Aktiviti
1.       Pelajar dipilih oleh guru untuk membaca dialog seperti dalam buku teks
2.     Pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan yang mewakili 4 suku kaum yang berbeza dengan menceritakan adat resam dan pantang larang dalam kelahiran, perkahwinan, perayaan dan pertanian.
3.     Pelajar diberi latihan pengukuhan seperti yang terdapat dalam buku teks
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar memahami dan menghormati adat dan pantang larang kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dengan memberikan respon yang positif apabila disoal oleh guru. Akhir P&P, guru telah memberikan latihan pengukuhan kepada pelajar.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
26.06.2012/Selasa  (Bil Pelajar: 35/36)
27.06.2012/Rabu  (Bil Pelajar: 36/36)
Masa: 2.00-3.10ptg (1C)
Masa: 5.10-6.20ptg (1G)
Minggu/Tunjang
26/Karangan Jenis Laporan

Tajuk
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kuching.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Mengetahui karangan jenis laporan mengikut format yang betul.
  2. Mengenalpasti isi-isi penting dalam topik pengajaran.
  3. Menghasilkan karangan laporan yang lengkap.
KBT
Mengenalpasti idea utama, memberi sebab dan akibat
Penerapan Nilai
Bertanggungjawab, kasih sayang dan kerjasama
Persediaan Guru
Buku teks dan buku rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk membaca karangan laporan yang terdapat dalam buku teks. Pelajar kemudiannya diberi arahan untuk mengenalpasti format-format yang perlu ada dalam membuat karangan jenis laporan. Kemudian guru membantu pelajar untuk membuat isi-isi penting karangan berdasarkan kaedah penyoalan. Pelajar membuat karangan laporan yang lengkap berdasarkan contoh karangan dalam buku teks dan isi-isi penting yang telah dibincangkan.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar memberi respon yang baik terhadap topik karangan dan dapat mengembangkan rangka karangan seperti yang dikehendaki.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
28.06.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: 36/36)
29.06.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: 35/36 )
Masa: 12.50-2.00ptg
Masa: 2.35-3.45ptg
Minggu/Tunjang
25/KOMSAS Kasut Kelopak Jantung

Tajuk
 Tempang
Genre
Cerpen
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan tema, persoalan, bentuk dan gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen.
  2. Melatih pelajar mengesan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata


Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, hormat menghormati, rajin, berani, sedia memaafkan orang lain.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Pelajar diberi masa untuk membaca keseluruhan cerpen ini dalam masa 15 minit.
2.       Pelajar dipilih secara rawak oleh guru tentang apakah yang mereka faham mengenai cerpen ini.
3.       Menjawab soalan pemahaman berdasarkan cerpen yang telah dipelajari.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih secara rawak telah berjaya menyatakan pendapat mereka mengenai cerpen yang telah dibaca. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan tema, persoalan, ciri-ciri, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
28.06.2012/Khamis
Masa: 2.00-3.10 ptg
Minggu/Tunjang
26/ Bab 7
Bil Pelajar: 30/33
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
  1.  Menceritakan usaha-usaha Sultan Mahmud Shah menegakkan  semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka.
  2. Menyatakan kesan kejatuhan Melaka
  3. Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor.
Konsep dan Istilah
Warisan, Pengasas dan Tanah Jajahan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks.
Aktiviti
Guru menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku dengan mengaitkan bab terdahulu iaitu bab 6 dengan bab yang sedang dipelajari bab 7 dan memastikan bahawa pelajar betul-betul dapat memahami bab ini. Guru juga menerangkan konsep dan istilah supaya faham maksudnya. Pelajar mendengar penerangan guru dan memberikan respon yang memberansangkan apabila disoal oleh guru.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mendapat sedikit sebanyak memahami jalan cerita pada bab ini. Namun begitu, pelajar 1K tidak sempat menyalin nota. Guru banyak membantu pelajar 1K untuk memahami teks yang dibincangkan dengan memberi penerangan yang berulang kali disebabkan kebanyakan mereka lemah dalam penulisan. Oleh itu, untuk pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang, guru akan mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa yang mudah, menarik dan kreatif memandangkan kelas ini agak lemah.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
28.06.2012/Khamis
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
25/ Bab 7
Bil Pelajar: 33/34
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka.
(Persaingan Johor dengan Portugis dan Acheh/Perang Tiga Segi).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan sebab-sebab berlakunya Perang Tiga Segi.
2.       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi.
Konsep dan Istilah
Perang Tiga Segi.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks dan Peta.
Aktiviti
Pelajar mendengar penerangan guru mengenai Perang Tiga Segi. Pelajar menyalin nota dengan melukis gambarajah tiga segi antara tiga kuasa yang terlibat berserta peta minda mengenai sebab-sebab berlakunya Perang Tiga Segi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L tidak dapat dijalankan berikutan perhimpunan yang diadakan bagi menyambut Pelancaran Bulan Koperasi Sekolah.




Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
29.06.2012/Jumaat
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
25/ Bab 7
Bil Pelajar: 27/34
Tajuk
Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka.
(Persaingan Johor dengan Portugis dan Acheh/Perang Tiga Segi dan Kegemilangan kerajaan Johor mengukuhkan ketuanan Melayu)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan sebab-sebab berlakunya Pernag Tiga Segi.

2.       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi.
3.       Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kebangkitan Johor sebagai pusat perdagangan
Konsep dan Istilah
Perang Tiga Segi, Salasilah, Pelabuhan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersikap cekal dan tabah, mengamalkan sikap tidak berputus asa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks dan Peta.
Aktiviti
Pelajar mendengar penerangan guru mengenai Perang Tiga Segi. Pelajar menyalin nota dengan melukis gambarajah tiga segi antara tiga kuasa yang terlibat berserta peta minda mengenai sebab-sebab berlakunya Perang Tiga Segi. Pelajar juga menyalin peta minda mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada kebangkitan Johor sebagai pusat perdagangan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pada permulaan P&P guru memberikan nota terlebih dahulu sebelum menerangkannya kepada pelajar. Penerangan guru selepas pelajar menyalin nota ternyata berjaya membuat pelajar tingkatan 1L memahami rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan gambarajah segi tiga dan peta minda yang ditulis dan dilukis oleh guru. Pelajar juga memberikan respon yang baik berkaitan topik apabila disoal oleh guru. Akhir pengajaran dan pembelajaran guru telah memberikan latihan kepada pelajar dan rata-rata pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment