Sunday 15 July 2012

RPH MINGGU-28


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
09.07.2012/Isnin
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Bab 7
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Kegemilangan Kerajaan Johor,(Johor sebagai Pusat Perdagangan dan Perkembangan Persuratan Melayu).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kebangkitan Johor sebagai pusat perdagangan.
2.       Menyenaraikan hasil penulisan zaman kegemilangan kerajaan Johor.

Aras 2: Pelajar dapat;
3.       Menghuraikan peranan Johor sebagai pusat kegiatan ekonomi serantau.
Konsep dan Istilah
Salasilah, pelabuhan entrepot, persuratan, pusat keilmuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menyanjungi dan memelihara warisan Kesultanan Melayu dan menghargai karya agung bangsa kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang telah diringkaskan oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar. Kemudian, guru menerangkan kepada pelajar mengenai faktor-faktor penting berkenaan topik. Guru kemudian menyoal kembali kepada pelajar mengenai topik yang telah diajar berdasarkan peta dan gambar yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Pelajar memberikan maklum balas yang memberansangkan apabila guru menanya soalan berkaitan topik kepada mereka.





Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
09.07.2012/Isnin
10.07.2012/Selasa
Masa: 5.10-6.20ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
28/ Tatabahasa (Kata Tanya, Kata Seru, Kata Perintah)
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 35/36
Tajuk
Unit 8: Ibu Negara Malaysia
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud kata perintah, kata tanya dan kata seru.
  2. Menyenaraikan contoh-contoh kata perintah, kata nama dan kata seru.
  3. Membezakan kata perintah, kata tanya dan kata seru.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar membaca petikan cerita yang terdapat dalam buku teks masing-masing. Guru menyuruh pelajar menyebut perkataan yang bercetak tebal dengan kuat seterusnya menyuruh pelajar mengkategorikan perkataan tersebut kepada kata tanya, kata seru dan kata perintah. Kemudian guru menerangkan kepada pelajar maksud, jenis perkataan serta tanda baca yang perlu ada dalam ketiga-tiga jenis kata ini. Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru disamping memberi respon yang positif terhadap topik yang diajar. Guru kemudian memberikan latihan yang terdapat dalam buku teks di akhir pengajaran.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai, manakala 10 peratus lagi tidak tercapai.





Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
10.07.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Bab 7
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Sambungan Pengasasan Kerajaan Johor.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan mengenai pengasasan Empayar Johor.
2.       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor.

Konsep dan Istilah
Pengasas, Tanah Jajahan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Keberanian dan ketabahan dalam perjuangan.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang telah diringkaskan oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar. Kemudian, guru menerangkan kepada pelajar mengenai kesinambungan pengasasan kerajaan Johor. Guru kemudian menyoal kembali kepada pelajar mengenai topik yang telah diajar berdasarkan peta dan gambar yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar. Pelajar memberikan maklum balas yang memberansangkan apabila guru menanya soalan berkaitan topik kepada mereka.





Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
11.07.2012/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
28/ TEMA:5; Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: 34/37
Tajuk
Unit 7: Jentera Pentadbiran Negara Malaysia
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengetahui jentera pentadbiran Negara Malaysia.
  1. Menyatakan maksud kerajaan demokrasi berparlimen.
  2. Menyenaraikan tiga badan utama dalam pentadbiran negara.








Aktiviti
1.       Pelajar dipilih oleh guru untuk membaca petikan teks jentera pentadbiran negara  seperti yang terdapat dalam buku teks
2.     Kemudian, pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru dalam bentuk isi-isi penting dan pecahan jadual.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengisi semula jadual yang telah dikosongkan dengan jawapan yang tepat.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar berkenaan dengan jentera pentadbiran Malaysia. Pelajar secara sukarela menjawab dengan tepat apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
11.07.2012/Rabu
12.07.2012/Khamis
Masa: 3.25-4.35ptg
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Karangan Berbantukan Bahan Rangsangan
(Gambar Foto)
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 35/36
Tajuk
 Kebaikan Bersukan
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan pendapat mereka mengenai gambar foto yang diberikan kepada mereka.
  2. Menyenaraikan kebaikan bersukan kepada manusia.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Perpaduan, kerjasama, tidak berputus asa, gigih berusaha.
Persediaan Guru
Buku Rujukan Tingkatan 1 Bahasa Melayu, 78 set salinan gambar foto.
Aktiviti
Setiap pelajar diberi salinan fotostat gambar iaitu kanak-kanak bermain bola sepak. Kemudian, setiap pelajar dipilih secara rawak untuk memberi pendapat mereka mengenai kebaikan bersukan. Guru kemudian memilih dan membincangkan kebaikan bersukan yang sesuai. Hasil dari perbincangan tersebut, guru memberi rangka karangan kepada pelajar dan mereka kemudiannya disuruh untuk melengkapkan karangan tersebut sebagai latihan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Pelajar yang dipilih secara rawak dapat memberi idea atau isi karangan yang baik dan tepat. Oleh itu,85 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai, manakala 15 peratus lagi masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
11.07.2012/Rabu
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Bab 7
Bil Pelajar: 31/37
Tajuk
Latihan Pengukuhan (subtopik Kegemilangan Kerajaan Johor)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyenaraikan faktor-faktor kegemilangan Kerajaan Johor.
2.       Menyenaraikan barang dagangan sama ada tempatan atau import semasa Johor menjadi pusat perdagangan terkenal.

Aras 2: Pelajar dapat;
3.       Menghuraikan peranan Johor sebagai pusat perdagangan.
Konsep dan Istilah
Salasilah, pelabuhan entrepot, persuratan, pusat keilmuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menyanjungi dan memelihara warisan Kesultanan Melayu dan menghargai karya agung bangsa kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks,buku rujukan sejarah,  papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin latihan  yang telah dibuat oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar. Kemudian, pelajar menjawab soalan dan menghantar latihan yang telah dijawab.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin latihan yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap latihan yang diberikan.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
12.07.2012/Khamis
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
28/ Bab 7
Bil Pelajar: 31/37
Tajuk
Subtopik: Usaha Johor Menguasai Melaka
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan mengenai pengasasan Empayar Johor.
2.       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor.

Konsep dan Istilah
Tanah Jajahan, Pengasas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Keberanian dan ketabahan dalam perjuangan
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks,buku rujukan sejarah,  papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan seperti yang dirancang. Kelas Tingkatan 1L, menghadapi Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris pada waktu ini selama 1 jam 30 minit yang melibatkan semua tingkatan 1.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan seperti yang dirancang. Kelas Tingkatan 1L, menghadapi Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris pada waktu ini selama 1 jam 30 minit yang melibatkan semua tingkatan 1.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
12.07.2012/Khamis
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Bab 7
Bil Pelajar: 36/37
Tajuk
Subtopik: Kemerosotan Kerajaan Johor, (Perang Johor-Jambi).
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan perebutan kuasa yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.
2.       Menceritakan tentang Perang Johor-Jambi.

Konsep dan Istilah
Perebutan takhta, merampas kuasa dan campur tangan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setias kepada Negara dengan berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks,buku rujukan sejarah,  papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota dalam bentuk peta minda yang telah dibuat oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar. Kemudian guru memberi penerangan menganai topik ini kepada pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik yang diajar.




Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
12.07.2012/Khamis (1G) ( Bil Pelajar: 33/36)
13.07.2012/Jumaat (1C) ( Bil Pelajar: 36/36 )
Masa: 5.10-6.20ptg
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
25/KOMSAS Kasut Kelopak Jantung

Tajuk
 Sambungan Cerpen Tempang, Nilai, Pengajaran dan Latihan dan Latihan Sajak ‘Jangan’.
Genre
Cerpen dan Sajak
Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama:
Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.
Fokus sampingan:
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.
Objektif
Pada akhir pengajaran & pembelajaran, pelajar dapat:
  1. Melatih pelajar mengenalpasti serta menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
  2. Melatih pelajar menjawab soalan latihan yang terdapat dalam cerpen.
Sistem Bahasa
Kata Pascakata


Penerapan Nilai
Kasih sayang, sabar, hormat menghormati, rajin, berani, sedia memaafkan orang lain.
KBT
Merumus idea utama dan idea sampingan, menilai dan membuat kesimpulan
Persediaan Guru
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung dan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tingkatan 1.
Aktiviti
1.       Pelajar perlu ingat kembali jalan cerita cerpen Tempang.
2.       Pelajar menyalin nota berkaitan nilai dan pengajaran.
3.       Menjawab soalan pemahaman berdasarkan cerpen dan sajak yang telah dipelajari.
Refleksi
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di kedua-dua kelas. Beberapa wakil pelajar yang telah dipilih secara rawak telah berjaya menyatakan pendapat mereka mengenai cerpen dan sajak yang telah dipelajari. Pelajar juga memahami jalan cerita yang telah dipelajari disamping dibantu oleh guru untuk mendapatkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini. Akhir P&P, guru memberikan latihan pengukuhan berkaitan dengan cerpen Tempang dan sajak ’Jangan’ kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment