Monday 23 July 2012

RPH MINGGU KE-29


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
16.07.2012/Isnin
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
29
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah Tingkatan 1.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
16.07.2012/Isnin
17.07.2012/Selasa
Masa: 5.10-6.20ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
29/ Tatabahasa (Peribahasa (Bidalan dan Pepatah)
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Tajuk
Unit 8: Ibu Negara Malaysia dan Unit 9: Indahnya Bumi Kenyalang
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud peribahasa, bidalan dan pepatah.
  2. Menyenaraikan contoh-contoh peribahasa, bidalan dan pepatah.
  3. Membezakan antara bidalan dan pepatah dan perumpamaan.
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru berkenaan dengan peribahasa. Kemudian, guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi contoh yang mereka tahu mengenai peribahasa, bidalan dan pepatah. Guru kemudian menerangkan mengenai perbezaan antara bidalan dan pepatah. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai bidalan dan pepatah yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 90 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
17.07.2012/Selasa
Masa: 2.35-3.10ptg
Minggu/Tunjang
29/ Bab 1 dan 2
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Ulangkaji Bab 1
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Mendefinisikan istilah sejarah.
2.       Menyenaraikan ciri-ciri sejarah dan sumber sejarah.
3.       Menyatakan kaedah pengkajian sejarah

Konsep dan Istilah
Abad, masa, arkeologi, kronologi, sejarawan dan purba.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai tinggalan sejarah.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar membuat ulangkaji mengenai bab 1. Guru kemudian membantu pelajar untuk memahami dan mengingati fakta-fakta penting bab 1 sebagai persediaan untuk mereka menjawab Ujian PBS Sejarah Tingkatan 1.
Refleksi
Ulangkaji Bab 1 bersama kelas Tingkatan 1 K berjalan dengan lancar. Walaupun ramai pelajar yang tidak memahami banyak istilah dan tidak dapat mengingati fakta sejarah yang penting tetapi mereka menunjukkan kesungguhan untuk belajar apabila dibnatu oleh guru.


Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
18.07.2012/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
29/ TEMA:5; Malaysia Negara Berdaulat
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Unit 7, A: Badan-Badan Kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman).
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Memahami peranan dan tugas badan-badan kerajaan.
  1. Mencari maklumat tentang tugas dan peranan jentera pentadbiran Negara Malaysia.
  2. Menghargai peranan jentera pentadbiran Malaysia dalam menjaga kestabilan dan kemakmuran negara.








Aktiviti
1.       Pelajar dipilih oleh guru untuk membaca petikan teks Badan-Badan Kerajaan  seperti yang terdapat dalam buku teks
2.     Kemudian, pelajar menyalin nota yang diberikan oleh guru dalam bentuk isi-isi penting dan pecahan jadual.
3.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengisi semula jadual yang telah dikosongkan dengan jawapan yang tepat.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan dengan lancar. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat dan memberikan maklum balas yang positif mengenai topik yang diajar berkenaan dengan Badan-Badan Kerajaan. Pelajar secara sukarela menjawab dengan tepat apabila guru menguji mereka dengan beberapa soalan berkaitan dengan topik pengajaran dan hanya segelintir pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
18.07.2012/Rabu
19.07.2012/Khamis
Masa: 3.25-4.35ptg
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
28/ Karangan Berbentuk Dialog
Bil Pelajar 1 G: 36/37
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Tajuk
 Kempen Cegah Salah Laku Pelajar
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan definisi salah laku pelajar.
  2. Menyenaraikan bentuk-bentuk salah laku pelajar.
  3. Memperihalkan bentuk-bentuk tindakan yang wajar diambil untuk menangani salah laku pelajar.
KBT
Memberi sebab dan akibat dan memberi penerangan berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih sayang, bertanggungjawab, berdisiplin dan beraklak mulia.
Persediaan Guru
Buku Rujukan Tingkatan 1 Bahasa Melayu dan Buku Rujukan Bahasa Melayu Tingkatan 1.
Aktiviti
Guru menerangkan kepada pelajar mengenai format untuk membuat karangan dialog yang betul. Kemudian, guru memberi nota mengenai rangka karangan dialog kepada pelajar. Pelajar, kemudian menyalin rangka karangan yang diberi dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Pelajar yang dipilih secara rawak dapat memberi idea atau isi karangan yang baik dan tepat. Oleh itu,85 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai, manakala 15 peratus lagi masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
18.07.2012/Rabu
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
29/ Bab 7
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Subtopik: Kemerosotan Kerajaan Johor, (Perebutan Kuasa)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan perebutan kuasa yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.
2.       Menyatakan tokoh yang terlibat dalam perebutan kuasa negeri Johor.
Konsep dan Istilah
Perebutan takhta.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setia kepada Negara dengan berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota  yang telah dibuat oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1L menyalin nota yang diberikan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat dan respon terhadap topik pengajaran.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
19.07.2012/Khamis
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
29
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah Tingkatan 1.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
19.07.2012/Khamis
Masa: 4.35-5.10ptg
Minggu/Tunjang
29/ Bab 7
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Subtopik: Kemerosotan Kerajaan Johor, (Perebutan Takhta)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Memerihalkan perebutan takhta yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor.
2.       Menyatakan tokoh yang terlibat dalam perebutan takhta negeri Johor.
Konsep dan Istilah
Perebutan takhta.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Taat dan setia kepada Negara dengan berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Pelajar menyalin nota  yang telah dibuat oleh guru di papan hitam mengenai topik yang diajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L ditangguhkan pada minggu hadapan kerana pelajar-pelajar tingkatan 1L, terlibat menyaksikan persembahan video.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G
Tarikh/Hari
19.07.2012/Khamis
Masa: 5.10-6.20 ptg
Minggu/Tunjang
29/ Perhimpunan
Bil Pelajar 1 G: 36/37

P&P tidak dapat dijalankan akibat perhimpunan yang diadakan melibatkan semua tingkatan. Oleh itu, P&P kelas tingkatan 1G,akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C
Tarikh/Hari
20.07.2012/Jumaat
Masa: 5.10-6.20 ptg
Minggu/Tunjang
29/ Ujian PBS Sejarah
Bil Pelajar 1 C: 35/36

Pengajaran dan pembelajaran kelas tingkatan 1C untuk Bahasa Melayu KOMSAS ditangguhkan pada minggu hadapan kerana kelas Tingkatan 1C pada minngu ini menjalani Ujian PBS Sejarah Tingkatan 1.


No comments:

Post a Comment