Monday 1 October 2012

RPH MINGGU KE-39


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1G dan 1C
Tarikh/Hari
24.09.2012/Isnin
1C: Masa: 12.50-2.00ptg
1G: Masa: 4.35-5.45ptg
Minggu/Tunjang
39/ Tatabahasa (Ayat Aktif dan Ayat Pasif)
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
Unit 22: Tukang Emas
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Ayat Aktif dan Ayat Pasif.
  2. Membina Ayat Aktif dengan Ayat Pasif dengan contoh yang diberi
KBT
Menilai dan menyelesaikan masalah
Penerapan Nilai
Kasih sayang, hormat menghormati, keadilan dan kerjasama.
Persediaan Guru
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Buku Rujukan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru menerangkan maksud Ayat Aktif dan Ayat Pasif. Guru mengajar pelajar cara untuk membina ayat aktif dan pasif dengan teknik yang betul. Pelajar kemudian diberi latihan pengukuhan mengenai Pola Ayat Dasar dan Susunan Ayat Tunggal.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Pelajar di kedua-dua kelas memberikan respon yang baik sepanjang aktiviti P&P berlangsung. Hampir semua pelajar dapat menjawab latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan pada hari ini tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
22.09.2012/Isnin
Masa: 3.10-3.45ptg
Minggu/Tunjang
39/ Bab 9
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Sambungan: Sosiobudaya Masyarakat Melayu Tradisional
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menyatakan susun lapis masyarakat Melayu tradisional.
2.       Menyenaraikan peranan setiap susun lapis masyarakat.
3.       Menceritakan gaya hidup golongan bangsawan dan rakyat jelata.
4.       Menyenaraikan kegiatan masa lapang.
Konsep dan Istilah
Golongan pemerintah, golongan diperintah, golongan Merdeheka, Golongan Hamba
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai dan mengamalkan tradisi budaya bangsa.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Guru menerangkan struktur Masyarakat Melayu Tradisional dalam bentuk jadual susun lapis kepada pelajar. Setiap pelajar dibekalkan sekeping nota bab ini dan mereka perlu menggariskan isi-isi penting dengan bimbingan guru.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1L berjalan seperti yang dirancang. Objektif yang ditetapkan pada hari ini mencapai tahap 80 peratus dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
26.09.2012/Selasa
Masa: 3.25-4.00ptg
Minggu/Tunjang
39/ Bab 9
Bil Pelajar: 29/33
Tajuk
Warisan Kesultanan Melayu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
  1. Mendefinisikan konsep daulat dan tulah
  2. Menyenaraikan cirri-ciri yang mengukuhkan daulat
  3. Menamakan alat-alat kebesaran negeri-negeri Melayu.
Konsep dan Istilah
Daulat, jajahan, golongan magis, kuasa mutlak, susun lapis masyarakat.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepatuhan kepada undang-uandang dan pentadbiran.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
Semua pelajar diberi nota dan perlu menggariskan isi-isi penting berkenaan topik pengajaran. Kemudian, pelajar perlu melekatkan kertas nota tersebut dalam buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1K berjalan dengan lancar. Pelajar tingkatan 1K mencari dan menggariskan isi penting berpandukan buku teks. Objektif yang ditetapkan tercapai seperti yang ditetapkan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
25.09.2012/Selasa
26.09.2012/Rabu
Masa: 4.00-5.10ptg
Masa: 12.50-2.00ptg
Minggu/Tunjang
39/ Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
 Unit 3; Pengaruh Rakan Sebaya
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memberikan pendapat dan berhujah dengan intonasi serta gaya yang sesuai dalam pembentangan.
  2. Menyatakan pendirian yang tegas tentang pengaruh positif dan pengaruh negative rakan sebaya
  3. Menulis rumusan tentang pengaruh rakan sebaya yang berkaitan dengan perbuatan dan tingkah laku serta kesan yang mungkin timbul daripada pengaruh tersebut
KBT
Menaakul, rasional
Penerapan Nilai
rasional, berdisiplin
Persediaan Guru
Buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Buku Aktiviti
Aktiviti
Menyatakan pendirian, memberikan pendapat dan berhujah, menulis rumusan dan rumusan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1C dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.
Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan: 3M
Tarikh/Hari
26.09.2012/Rabu
Masa: 3.25-4.35ptg
Minggu/Tunjang
39/ Tema 6: Cabaran Masa Depan
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Sumbangan Kepada Keamanan Dunia, Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat:
1.       Mengetahui tentang kepentingan keamanan sejagat.
2.       Merancang pelbagai aktiviti untuk member sumbangan kepada keamanan dunia.
3.       Mengetahui peraturan-peraturan asas dalam Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
4.       Menyatakan kepentingan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Aktiviti

1.       Pelajar bersama-sama guru membaca petikan teks yang terdapat dalam buku teks.
2.     Guru kemudian menguji pelajar dengan menyuruh pelajar mengaitkan petikan teks dengan topik pengajaran.
3.     Guru menyuruh pelajar menyiapkan nota dan latihan yang terdapat dalam buku teks.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3M berjalan lancar. Kemudian pelajar diberi latihan pengukuhan. Objektif yang ditetapkan mencapai 70 peratus dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
26.09.2012/Rabu
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
39/ PBS
Bil Pelajar: 37/37
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 5.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1C dan 1G
Tarikh/Hari
27.09.2012/Khamis
28.09.2012/Jumaat
Masa: 3.25-4.35ptg
Masa: 2.00-3.10ptg
Minggu/Tunjang
39/ KOMSAS: Antologi Kasut Kelopak Jantung
Bil Pelajar 1 C: 36/36
Bil Pelajar 1 G: 35/36
Tajuk
 Drama: Arah Ke Mana
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
  2. Membuat latihan pengukuhan yang diberikan.
KBT
Mereka cipta
Penerapan Nilai
Bertolak ansur, kasih sayang, tanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, Buku Rujukan.
Aktiviti
Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membaca teks drama ini. Kemudian guru menyuruh pelajar mencari tema, persoalan, gaya bahasa, nilai, plot dan pengajaran dengan bimbingan guru. Kemudian pelajar diberi latihan pengukuhan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1G  berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1G dan 1C memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1K
Tarikh/Hari
27.09.2012/Khamis
Masa: 5.10-6.20ptg
Minggu/Tunjang
39/ PBS
Bil Pelajar: 30/35
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 5.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 1L
Tarikh/Hari
28.09.2012/Jumaat
Masa: 2.00-2.35ptg
Minggu/Tunjang
39/ PBS
Bil Pelajar: 35/37
Tajuk
Ujian Penilaian Berasaskan Sekolah Sejarah Bab 5.

No comments:

Post a Comment