Sunday 13 January 2013

RPH MINGGU 1


RPH MINGGU KE-1. (02.01.2013-04.01.2013)



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1B dan 1E
Tarikh/Hari
02/01/2013 (Rabu)

03/01/2013 (Khamis)
04/01/2013 (Jumaat)
Masa: (12.50-2.00 ptg), (3.25-4.35ptg)
Masa: (12.50-2.00 ptg)
Masa: (12.50-2.00 ptg)
Minggu/Tunjang
1
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas Tingkatan 1B dan 1E tidak dapat dijalankan sepanjang minggu ini kerana semua tingkatan 1 terlibat dengan Program Orientasi Pelajar Baharu di Dewan Sri Sadong.





Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
02/01/2013 (Rabu)

03/01/2013 (Khamis)

04/01/2013 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10(2B), 5.45-6.20 (2M).
Masa: 2.00-3.10(2C), 4.35-5.10(2B).
Masa: 3.10-3.45(2C), 4.00-5.20 (2M)
Minggu/Tunjang
1/ BAB 1: Kedudukan Strategik Mendorong     Penguasaan British.
Bil Pelajar: 33 (2B), 36,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;
1.       Menceritakan kedudukan Pulau Pinang di dalam peta.
2.       Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang.
3.       Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang.
Aras 2:
1.       Menceritakan usaha-usaha pemimpin Kedah mengambil semula P. Pinang.
2.       Membincangkan Perjanjian Inggeris-Kedah dan kesannya.
3.       Menghuraikan proses pembentukan Negeri-Negeri Selat.
Konsep dan Istilah
Syarikat Hindia Timur Inggeris, monopoli, kedaulatan, anak gahara, pusat pengumpulan, bunga emas
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai dan memanfaatkan asset-aset negara kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru melukis peta Asia Tenggara di papan hitam.
2.       Guru menerangkan kepada pelajar mengenai kedudukan Pulau Pinang dan laluan perdagangan antara Eropah dan China berdasarkan peta yang dilukis.
3.       Guru membina peta minda faktor-faktor perluasan British ke P. Pinang.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk member respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 65% sahaja manakala  90 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


No comments:

Post a Comment