Tuesday 1 October 2013

RPH MINGGU KE-39

RPH MINGGU KE-39. (23.09.2013-27.09.2013)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
23/09/2013 (Isnin)
26/09/2013 (Khamis)
27/09/2013 (Jumaat)
Masa: 12.50-2.00(2C),
Masa: 12.50-2.00(2M).
Masa: 5.10-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
39/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa.
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 33 (2M)
Tajuk
8.1 Maksud Semangat Kebangsaan/ 8.2. Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan maksud semangat kebangsaan.
2.       Menyenaraikan negara-negara luar yang melakukan gerakan kebangsaan.
Aras 2:
         1:    Menghuraikan perjuangan negara-negara luar yang melakukan gerakan
                 Kebangsaan.
Konsep dan Istilah
Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepekaan terhadap perkembangan dunia luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, buku rujukan, salinan nota, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai maksud semangat kebangsaan dan perkembangan Negara luar memberi inspirasi perjuangan.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai Semangat Kebangsaan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 62% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
23.09.2013/Isnin
Masa: 2.00-3.10ptg (1E)
Masa: 4.35-5.45 (1B)
Minggu/Tunjang
39/ Unit 25: Parlimen Negara Kita
Bil Pelajar 1 E: 32/33
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Tajuk

Tatabahasa: Ayat Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif.
  2. Membezakan jenis ayat Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif.
  3. Menulis ayat majmuk gabungan dan pancangan relatif dengan betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks,buku rujukan, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif  kepada pelajar.
2.       Guru menyuruh pelajar membina ayat  Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif dengan betul.
3.       Guru kemudian memberi latihan ayat Majmuk Gabungan dan Pancangan Relatif kepada pelajar.
4.       Pelajar membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
24.09.2013/Selasa
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 3.25-4.35 (1B)
Minggu/Tunjang
39/ Penilaian Berasaskan Sekolah. (PBS) Band 5
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 E: 32/33
Tajuk
PBS BAND 5 (DT1E2)
Aktiviti
1.       Guru memberikan kertas PBS kepada semua pelajar.
2.       Guru kemudian menyuruh menyiapkan PBS Band 5 DT1E12 dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3.       Pelajar kemudian melengkapkan PBS masing-masing.
Refleksi
PBS kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap PBS BAND 5. Pelajar juga dapat membuat latihan PBS BAND5 yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
23/09/2013 (Isnin)
25/09/2013 (Rabu)
Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
39/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa.
Bil Pelajar: 33 (2M)
                  : 35 (2C)
                  : 33 (2B)
Tajuk
8.3. Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan maksud kaum tua dan muda.
2.       Menyenaraikan tokoh-tokoh penting gerakan islah yang mencetuskan kesedaran kebangsaan.
Aras 2:
         1:    Menghuraikan latar belakang tokoh-tokoh pelopor gerakan Islah di Tanah Melayu.
Konsep dan Istilah
Kaum Tua, Kaum Muda, Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersatu dalam usaha untuk kepentingan Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai maksud kaum tua dan muda dan latar belakang tokoh-tokoh pelopor gerakan islah di Tanah Melayu.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai Gerakan Islah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 70% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
24/09/2013 (Selasa)
26/09/2013 (Khamis)
27/09/2013 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
39/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 33 (2M)
Tajuk
8.4. Intelektual Mematangkan Perjuangan.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan latar belakang tokoh-tokoh intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris.
2.       Menyenaraikan peranan-peranan tokoh-tokoh ini dalam perjuangan.

Aras 2:
         1:    Menghuraikan latar belakang tokoh-tokoh intelektual Melayu dan Inggeris.
Konsep dan Istilah
Kaum Tua, Kaum Muda, Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan dan intelektual.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepentingan berorganisasi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, buku rujukan, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai latar belakang dan peranan golongan intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris dalam perjuangan.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 60% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
25/09/2013 (Rabu)
26/09/2013 (Khamis)
Masa: 12.50-2.00 ptg(1E).
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Minggu/Tunjang
39/ PROGRAM NILAM
Bil Pelajar 1 B: 32/33
Bil Pelajar 1 E: 31/33
Tajuk
PROGRAM NILAM
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Membaca bahan bacaan yang mereka minati
2.       Menambahkan ilmu pengetahuan mereka dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama ,kemasyarakatan dan kerajinan.
Aktiviti
4.       Pelajar mengambil bahan bacaan yang mereka minati untuk dibaca.
5.       Guru kemudian menyuruh pelajar menulis tajuk buku, nama pengarang, nama penerbit dan sinopsis buku yang telah dibaca dalam buku NILAM masing-masing.
Refleksi
Program NILAM dikedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Semua pelajar mencatat hasil bacaan yang mereka baca ke dalam buku NILAM masing-masing.





No comments:

Post a Comment