Friday 4 October 2013

RPH MINGGU KE-40

RPH MINGGU KE-40. (30.09.2013-04.10.2013)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
30/09/2013 (Isnin)
03/10/2013 (Khamis)
04/10/2013 (Jumaat)
Masa: 12.50-2.00(2C),
Masa: 12.50-2.00(2M).
Masa: 5.10-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
40/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa.
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 33 (2M)
Tajuk
8.5: Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan tajuk, tujuan penulisan, puisi, novel, majalah dan akhbar yang menyalurkan idea perjuangan.
2.       Menyenaraikan nama penulis yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Aras 2:
         1:    Membandingkan bentuk pergerakan nasionalis golongan sederhana
                 dengan golongan radikal.
Konsep dan Istilah
Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan, penulisan kreatif, emansipasi wanita, kongres.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berani demi maruah bangsa dan Negara.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, buku rujukan, salinan nota, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai peranan akhbar dan majalah Melayu dalam membangkitkan semangat kebangsaan.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai peranan akhbar dan majalah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 62% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. P&P tingkatan 2C ditangguhkan pada hari seterusnya kerana guru CRK.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
30.09.2013/Isnin
Masa: 2.00-3.10ptg (1E)
Masa: 4.35-5.45 (1B)
Minggu/Tunjang
40/ Unit 27: Cuti Akhir Tahun
Bil Pelajar 1 E: 32/33
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Tajuk

Tatabahasa: Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan.
  2. Membezakan jenis Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan.
  3. Menulis Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan dengan betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks,buku rujukan, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan kepada pelajar.
2.       Guru menyuruh pelajar membina Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan dengan betul.
3.       Guru kemudian memberi latihan Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan kepada pelajar.
4.       Pelajar membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E tidak berjalan seperti yang dirancang. P&P dikedua-dua kelas akan disambung pada minggu hadapan kerana guru mengambil cuti CRK.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
01.10.2013/Selasa
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 3.25-4.35 (1B)
Minggu/Tunjang
40/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 33/33
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Tajuk

KOMSAS: Prosa Tradisional: Budi Seorang Bapa Angkat.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Mengetahui jalan cerita Prosa Tradisional: Budi Seorang Bapa Angkat.
2.       Memberikan sinopsis, tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam prosa tradisional ini.
  1. Membuat latihan yang berkaitan dengan topik pengajaran ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Teks, Buku Rujukan dan kapur tulis.
Aktiviti

1.       Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk menceritakan kembali kisah Prosa Tradisional:Budi Seorang Bapa Angkat ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari sinopsis, tema, persoalan, plot, latar, watak dan perwatakan,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan prosa tradisional yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
30/09/2013 (Isnin)
02/10/2013 (Rabu)
Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
40/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa.
Bil Pelajar: 33 (2M)
                  : 35 (2C)
                  : 33 (2B)
Tajuk
8.6. Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan.
        i) Kemunculan Pertubuhan Melayu.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengemukakan nama, tujuan, bentuk dan kesan penubuhan badan dan kesan penubuhan badan dan kesatuan sebelum Perang Dunia Kedua.
2.       Menyenaraikan pemimpin kesatuan yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Aras 2:
         1:    Mengumpul maklumat tentang pengaruh luar yang mempengaruhi
                 kebangkitan semangat kebangsaan.
Konsep dan Istilah
Kaum Tua, Kaum Muda, Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan, gerakan radikal, golongan sederhana.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepelbagaian strategi untuk matlamat yang satu. Bersatu teguh bercerai roboh.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Kemunculan Pertubuhan Melayu serta tujuan setiap penubuhan tersebut.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai Kemunculan Penubuhan Melayu  seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 70% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.




Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
01/10/2013 (Selasa)
03/10/2013 (Khamis)
04/10/2013 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
40/ BAB 8: Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa.
Bil Pelajar: 33 (2M)
                  : 35 (2C)
                  : 33 (2B)
Tajuk
8.6. Sambungan: Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan.
        ii) Persaudaraan Sahabat Pena
       iii) Kesatuan Melayu Muda
        
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengemukakan nama, tujuan, bentuk dan kesan penubuhan badan dan kesan penubuhan badan dan kesatuan sebelum Perang Dunia Kedua.
2.       Menyenaraikan pemimpin kesatuan yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Aras 2:
         1:    Mengumpul maklumat tentang pengaruh luar yang mempengaruhi
                 kebangkitan semangat kebangsaan.
Konsep dan Istilah
Kaum Tua, Kaum Muda, Gerakan pemulihan Islam, gerakan Pan-Islam, semangat kebangsaan, kesatuan, gerakan radikal, golongan sederhana.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kepelbagaian strategi untuk matlamat yang satu. Bersatu teguh bercerai roboh.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Kemunculan Pertubuhan Melayu serta tujuan setiap penubuhan tersebut.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai kesatuan-kesatuan yang terdapat di Malaysia  seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 70% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
02/10/2013 (Rabu)
03/10/2013 (Khamis)
Masa: 12.50-2.00 ptg(1E).
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Minggu/Tunjang
40/ PROGRAM NILAM
Bil Pelajar 1 B: 32/33
Bil Pelajar 1 E: 31/33
Tajuk
PROGRAM NILAM
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Membaca bahan bacaan yang mereka minati.
2.       Menambahkan ilmu pengetahuan mereka dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama ,kemasyarakatan dan kerajinan.
Aktiviti
1.       Pelajar mengambil bahan bacaan yang mereka minati untuk dibaca.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar menulis tajuk buku, nama pengarang, nama penerbit dan sinopsis buku yang telah dibaca dalam buku NILAM masing-masing.
Refleksi
Program NILAM dikedua-dua kelas tidak berjalan dengan lancar. Semua pelajar Tingkatan 1 cuti sekolah kerana kelas masing-masing digunakan untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR). Program NILAM akan disambung pada minggu hadapan.





No comments:

Post a Comment