Sunday 9 February 2014

RPH MINGGU KE-5


RPH MINGGU KE- 5 (27.01.2014-29.01.2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
27/01/2014 (Isnin)
28/01/2014 (Selasa)
29/01/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
5/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Penilaian Berasaskan Sekolah PBS (BAND4D1E1) dan (BAND 5DIE1)
Hasil Pembelajaran

Aras 3: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di Negara kita.
2.       Menilai kesan penduduk Jepun di Negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menjelaskan dan mengingatkan kembali reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun kepada pelajar.
2.       Guru juga turut mengingatkan kembali pelajar mengenai kesan pendudukan Jepun sebelum mengedarkan kertasa soalan PBS kepada pelajar.
3.       Pelajar mencari jawapan berpandukan buku teks dan buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B dan 3F, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B dan 3F  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan soalan band 4 dan 5 sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B dan 3F mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Walaubagaimanapun, kelas 3G soalan PBS ynag diuji hanyalah Band 4.




































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
27.01.2014/Isnin
28.01.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
5/ Unit 4: Manisnya Senyumanmu
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Golongan Kata Kerja
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
  2. Membezakan jenis Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
  3. Menulis ayat lengkap menggunakan Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif dalam bentuk jadual kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Kerja.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
29.01.2014/Rabu
30.01.2014/ Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
5/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajat 1G: 31/33
Tajuk
Cerpen: Kasut Kelopak Jantung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan sinopsis cerpen ini.
  2. Memberikan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam cerpen ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan secara ringkas berkenaan cerpen ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan cerpen yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Walaubagaimanapun, P&P kelas tingkatan 1G ditangguhkan pada minggu hadapan kerana sekolah bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
27/01/2014 (Isnin)
29/01/2014 (Rabu)
31/01/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
3/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Latihan Bab 1: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan dan membezakan jenis-jenis bangsa yang anti-Jepun dan pro-Jepun.
2.     Menyenaraikan nama gerakan  anti-Jepun di Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan reaksi penduduk tempatan mengikut bangsa terhadap pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
2.       Menghuraikan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan kembali secara ringkas keseluruhan Bab 1, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada pelajar.
2.       Guru mengarahkan pelajar membuat latihan Bab 1 dengan merujuk buku teks masing-masing.
3.       Pelajar membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B dan 3F berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B dan 3F memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 78 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B dan 3F mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Walaubagaimanapun, P&P kelas 3G ditangguhkan pada minggu hadapan kerana sekolah bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

1 comment:

  1. Terima Kasih kerana telah menyediakan bolg rph untuk minggu 1 hingga minggu ke6 untuk semakan saya.
    Blog tuan lengkap dan menarik.
    Sila kekalkan usaha murni ini.

    “People who love going to work are more productive and more creative” –Simon Sinek

    ReplyDelete