Monday 17 February 2014

RPH MINGGU KE-7


RPH MINGGU KE- 7 (10.02.2014-14.02.2014)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
10/02/2014 (Isnin)
11/02/2014 (Selasa)
12/02/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
7/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Malayan Union- Ciri-Ciri Malayan Union
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan sebab penubuhan Malayan Union.
2.       Mengemukakan cirri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
3.       Mentakrifkan konsep Jus Soli
Aras 2:
1.       Menghuraikan syarat-syarat kerakyatan Malayan Union.
2.       Menjelaskan maksud sultan kehilangan kuasa dalam kerajaan Malayan Union.
Konsep dan Istilah
Berkabung, kempen, kesatuan, penentangan, jus soli, tunjuk perasaan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kekalkan kedaulatan Negara kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru menjelaskan pertubuhan Malayan Union, tujuan penubuhan Malayan Union dan cirri-ciri Malayan Union kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B,3F dan 3G  berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 84 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
10.01.2014/Isnin
11.02.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
7/ Unit 5: Komputer Dalam Kehidupan
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Adjektif
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Adjektif.
  2. Membezakan bentuk Kata Adjektif.
  3. Memberikan contoh-contoh Kata Adjektif.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata  Adjektif. kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Adjektif. kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata  Adjektif.untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Adjektif.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
12.02.2014/Rabu
13.02.2014/Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
7/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Drama: Surat Untuk Ina
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan sinopsis drama ini.
  2. Memberikan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam drama ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.        Guru memilih pelajar secara rawak untuk melakonkan semula watak dalam drama ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan drama yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat menyatakan tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengjaran yang relevan.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
10/02/2014 (Isnin)
12/02/2014 (Rabu)
14/02/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
7/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu.
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union – Faktor Penentangan
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan faktor penentangan terhadap Malayan Union.
Aras 2:
1.       Menghuraikan  faktor penentangan terhadap Malayan Union.
Konsep dan Istilah
Berkabung, kempen, kesatuan, penentangan, jus soli, tunjuk perasaan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kekalkan kedaulatan Negara kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.






























Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
13.02.2014/ Khamis
14.02.2014/ Jumaat
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
7/ Karangan Berformat
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
 Karangan Surat Tidak Rasmi.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menulis pendahuluan, perenggan isi dan menulis penutup karangan surat tidak rasmi.
2.       Mengarang surat kiriman tidak rasmi mengikut format yang betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan format karangan surat kiriman tidak rasmi.
2.       Guru menerangkan bagaimana menulis rangka karangan merangkumi pendahuluan, isi dan penutup karangan surat kiriman tidak rasmi.
3.       Guru kemudian membuat rangka contoh mengikut format yang betul untuk mengarang karangan surat kiriman tidak rasmi ini.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.

No comments:

Post a Comment