Sunday 9 February 2014

RPH MINGGU KE-6


RPH MINGGU KE- 6 (05.02.2014-07.02.2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
05/02/2014 (Rabu)
06/02/2014 (Khamis)
07/02/2014 (Jumaat)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Masa: 5.45-6.20 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
6/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun dan Keganasan 14 Hari
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengumpul maklumat tentang “Keganasan 14 hari”
2.       Menceritakan tentang latar belakang Bintang Tiga
Aras 2:
1.       Meny atakan tindakan ganas oleh Bintang Tiga
Konsep dan Istilah
Keganasan 14 hari. kekosongan politik, negeri naungan, Tanah Jajahan Mahkota, Jus Soli, radikal,
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menceritakan hura-hara yang dilakukan oleh Bintang Tiga.
3.       Guru seterusnya menyuruh pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.
































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
05.02.2014/Rabu
06.02.2014/ Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
6/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajat 1G: 31/33
Tajuk
Sambungan: Cerpen: Kasut Kelopak Jantung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan sinopsis cerpen ini.
  2. Memberikan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam cerpen ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan secara ringkas berkenaan cerpen ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan cerpen yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Walaubagaimanapun, P&P kelas tingkatan 1G ditangguhkan pada minggu hadapan kerana sekolah bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
06.02.2014/ Khamis
07.02.2014/ Jumaat
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
6/ Karangan Berbantukan Bahan Rangsangan
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
 Punca-Punca Pelajar Ponteng Sekolah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan punca-punca pelajar ponteng  sekolah.
2.       Membuat rangka karangan berkaitan punca-punca pelajar ponteng sekolah dalam bentuk jadual.
3.       Membuat karangan lengkap berkaitan punca-punca pelajar ponteng sekolah.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk membuat rangka karangan berbantukan bahan rangsangan.
2.       Guru menerangkan bahawa karangan berbantukan bahan rangsangan  perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 perenggan.
3.       Guru kemudian menyuruh pelajar membuat rangka karangan dalam bentuk jadual.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.

No comments:

Post a Comment