Friday 11 April 2014

RPH MINGGU KE-14


RPH MINGGU KE- 14 (07.04.2014-11.04.2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
07/04/2014 (Isnin)
08/04/2014 (Selasa)
09/04/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
14/PBS: BAB 3: Ancaman Pariti Komunis Malaya dan Darurat
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PBS: BAB 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat (B1D1E4, B2D1E3, B3D1E2)
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan sebab orang melayu menolak fahaman komunis
Aras 2:
2.       Menjelaskan keganasan komunis di Negara kita pada zaman darurat.
3.       Menerangkan kesan zaman darurat dalam aspek, politik, ekonomi dan sosial.
Konsep dan Istilah
Operasi ketenteraan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Pembinaan Negara berasaskan pengalaman sejarah
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru menjelaskan kembali topik-topik yang ditanya dalam soalan PBS BAND 1 hingga 3 kepada pelajar.
3.       Pelajar dibenarkan mencari jawapan dalam buku teks dan buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B,3F dan 3G  berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. PBS yang diuji mencapai sasaran. PBS yang diuji ialah  ( B1D1E4, B2D1E3, B3D1E2).


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
07.04.2014/Isnin
08.04.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
14/ Unit 9: Indahnya Bumi Kenyalang
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Penguat, Kata Penegas
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memahami maksud kata penguat dan kata penegas.
  2. Membezakan antara jenis-jenis kata penguat dan kata penegas.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyoal pelajar tentang kata penguat dan kata penegas.
2.       Guru kemudian mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pengajaran.
3.       Guru melukis jadual perbezaan antara jenis-jenis kata penguat dan kata penegas kepada pelajar di papan hitam.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan soalan yang telah ditanya.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
09.04.2014/Rabu
10.04.2014/Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
14/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Komsas: Drama: Arah Ke Mana
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menceritakan kembali secara ringkas drama Arah Ke Mana.
  2. Menyatakan sinopsis, tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk melakonkan kembali secara ringkas mengenai drama Arah Ke Mana.
2.       Guru kemudian menerangkan sinopsis, tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran kepada pelajar.
3.       Guru menguji pelajar dengan memberikan latihan berkenaan drama Arah Ke Mana.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat menyatakan tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang relevan.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
07/04/2014 (Isnin)
09/04/2014 (Rabu)
11/04/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
14/ Sambungan: PBS: BAB 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat.
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PBS: BAB 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat ( B4D1E5 dan B5D1E4)
Hasil Pembelajaran

Aras 2:
1.       Menganalisis langkah kerajaan membanteras ancaman komunis semasa zaman darurat.
2.       Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.
Konsep dan Istilah
Operasi ketenteraan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Pembinaan Negara berasaskan pengalaman sejarah
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menerangkan topic-topik pengajaran yang akan ditanya dalam latihan PBS BAND 4 DAN BAND 5 kepada pelajar.
3.       Pelajar dibenarkan mencari jawapan dalam buku teks dan buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Guru turut menguji pelajar dengan latihan PBS BAND 4 dan BAND 5.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
10.04.2014/ Khamis
11.04.2014/ Jumaat
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
14/ Karangan Berformat
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
 Sambungan: Karangan Surat  Rasmi.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menulis pendahuluan, perenggan isi dan menulis penutup karangan surat rasmi.
  2. Mengarang surat kiriman rasmi mengikut format yang betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan format karangan surat kiriman rasmi.
2.       Guru menerangkan bagaimana menulis rangka karangan merangkumi pendahuluan, isi dan penutup karangan surat kiriman rasmi.
3.       Guru kemudian membuat rangka contoh mengikut format yang betul untuk mengarang karangan surat kiriman rasmi ini.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.

No comments:

Post a Comment