Saturday 5 July 2014

RPH MINGGU KE-27


RPH MINGGU KE-27 ( 30-06-2014 HINGGA 04-06-2014)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
30/06/2014 (Isnin)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 4.35-5.10 (3G)
Masa: 5.10-6.20 (3F)
Minggu/Tunjang
27/ Mesyuarat PT3 (Sejarah)
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Mesyuarat PT3 (Sejarah)
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B,3F dan 3G  tidak berjalan seperti yang dirancang. Guru menghadiri mensyuarat PT3. P&P kelas-kelas ini akan disambung pada minggu hadapan.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
01.07.2014/Selasa
Masa: 12.50-2.00 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
27/ Unit 10: Lima Langkawi
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Arah dan Kata Bilangan
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memahami maksud kata arah dan kata bilangan.
  2. Membezakan antara jenis-jenis kata arah dan kata bilangan.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyoal pelajar tentang apa yang mereka faham mengenai kata arah dan kata bilangan.
2.       Guru kemudian mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pengajaran.
3.       Guru melukis jadual perbezaan antara jenis-jenis kata arah dan kata bilangan kepada pelajar di papan hitam.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan soalan yang telah ditanya.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
02.07.2014/Rabu
03.07.2014/Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 12.50-2.00 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
27/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Komsas: Drama: Mendung Hitam Beralih Jua
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menceritakan kembali drama ini dengan betul.
  2. Menyatakan sinopsis, tema, persoalan, plot,  latar, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan jalan cerita drama ini dengan betul dan sesuai.
2.       Guru kemudian menerangkan sinopsis, tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran kepada pelajar.
3.       Guru menguji pelajar dengan memberikan latihan berkenaan drama ini.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat menyatakan sinopsis, tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, nilai dan pengajaran yang relevan.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
02/07/2014 (Rabu)
03/07/2014 (Khamis)
04/07/2014 (Jumaat)
Masa: 5.10-6.20 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Masa: 5.10-6.20 (3F)
Minggu/Tunjang
27/  Peperiksaan PT3 Sejarah
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PEPERIKSAAN PT3 ( Pengenalan Rencana Sejarah PT3)
Hasil Pembelajaran

Aras 1:
1.       Pengenalan tajuk rencana.
2.       Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber untuk menghasilkan rencana yang baik.
Aras 2:
1.       Membuat objektif kajian rencana.
2.       Menyediakan kaedah kajian rencana.
Konsep dan Istilah
Perpaduan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersatu dan berharmoni, bekerjasama dan tolong menolong
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur, kertas soalan PT3.
Aktiviti
1.       Guru mengedarkan keras soalan PT3 kepada semua pelajar.
2.       Guru menjelaskan proses yang betul untuk membuat kajian rencana yang betul dan tepat.
3.       Guru juga menerangkan tajuk kajian rencana yang sesuai untuk kajian pelajar masing-masing.
4.       Pelajar melengkapkan tugasan rencana masing-masing dan menghantar setiap tugasan mereka selepas selesai waktu P&P.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
03.07.2014/ Khamis
04.07.2014/ Jumaat
Masa: 5.10-6.20 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
27/ Ringkasan Karangan
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
 Isu Pembuangan Sampah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menulis ringkasan karangan dengan betul.
2.       Mengembangkan isi-isi karangan ini berdasarkan petikan yang telah dikaji.
3.       Mengarang karangan ini dengan lengkap.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, buku rujukan B.M, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk menulis ringkasan karangan dengan betul.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar mengembangkan isi-isi penting yang telah diberi.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.



No comments:

Post a Comment