Friday 18 July 2014

RPH MINGGU KE-29


RPH MINGGU KE-29 ( 14-07-2014 HINGGA 18-07-2014)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
14/07/2014 (Isnin)
Masa: 12.05-1.05 (3B)
Masa: 3.25-4.00 (3F)
Masa: 4.05-4.55 (3G)
Minggu/Tunjang
29/  Peperiksaan PT3 Sejarah
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PEPERIKSAAN PT3 ( Proses Awal Kajian Rencana Sejarah PT3)
Hasil Pembelajaran

Aras 1:
1.       Pengenalan proses rencana.
2.       Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber untuk menghasilkan rencana yang baik.
Aras 2:
1.       Membuat proses kajian rencana merangkumi pengenalan, kepentingan, faktor, cadangan, langkah-langkah dan rumusan.
Konsep dan Istilah
Perpaduan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersatu dan berharmoni, bekerjasama dan tolong menolong
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur, kertas soalan PT3.
Aktiviti
1.       Guru mengedarkan keras soalan PT3 kepada semua pelajar.
2.       Guru menjelaskan proses yang betul untuk membuat proses awal kajian rencana yang betul dan tepat.
3.       Guru juga menerangkan proses awal yang sesuai untuk kajian pelajar masing-masing.
4.       Pelajar melengkapkan tugasan rencana masing-masing dan menghantar setiap tugasan mereka selepas selesai waktu P&P.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
15.07.2014/Selasa
Masa: 12.05-1.05 ptg (1B)
Masa: 4.00-4.55 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
29/ Unit 14: Taman Negara Gunung Mulu
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Sambungan: Tatabahasa: Kata Pascakata dan Kata Bantu
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memahami maksud kata pascakata dan kata bantu.
  2. Membezakan antara jenis-jenis kata pascakata dan kata bantu.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyoal pelajar tentang apa yang mereka faham mengenai kata pascakata dan kata bantu.
2.       Guru kemudian mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pengajaran.
3.       Guru melukis jadual perbezaan antara jenis-jenis kata pascakata dan kata  bantu kepada pelajar di papan hitam.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan soalan yang telah ditanya.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
16.07.2014/Rabu
17.07.2014/Khamis
Masa: 2.30-3.30 ptg (1B)
Masa: 12.05-1.05 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
29/ PROGRAM NILAM
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 PROGRAM NILAM
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Membaca bahan bacaan yang mereka minati.
2.       Menambahkan ilmu pengetahuan mereka dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Aktiviti
1.        Pelajar mengambil bahan bacaan yang mereka minati untuk dibaca.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar menulis tajuk buku, nama pengarang, nama penerbit dan sinopsis buku yang telah dibaca dalam buku NILAM masing-masing.
Refleksi
Program NILAM dikedua-dua kelas berjalan dengan lancar. Semua pelajar mencatat hasil bacaan yang mereka baca ke dalam buku NILAM masing-masing.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
16/07/2014 (Rabu)
17/07/2014 (Khamis)
18/07/2014 (Jumaat)
Masa: 5.10-6.20 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Masa: 5.10-6.20 (3F)
Minggu/Tunjang
29/  Peperiksaan PT3 Sejarah
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PEPERIKSAAN PT3 ( Esei Lengkap Kajian Rencana Sejarah PT3)
Hasil Pembelajaran

Aras 1:
1.       Pengenalan tajuk kajian esei rencana.
2.       Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber untuk menghasilkan rencana yang baik.
Aras 2:
1.       Menghuraikan pengenalan, kepentingan, faktor, cadangan dan langkah-langkah dan rumusan kajian rencana.
2.       Menulis kajian rencana yang selengkap.
Konsep dan Istilah
Perpaduan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Bersatu dan berharmoni, bekerjasama dan tolong menolong
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur, kertas soalan PT3.
Aktiviti
1.       Guru mengedarkan keras soalan PT3 kepada semua pelajar.
2.       Guru menjelaskan proses yang betul untuk membuat kajian rencana yang betul dan tepat.
3.       Guru juga menerangkan tajuk kajian rencana yang sesuai untuk kajian pelajar masing-masing.
4.       Pelajar melengkapkan tugasan rencana masing-masing dan menghantar setiap tugasan mereka selepas selesai waktu P&P.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
17.07.2014/ Khamis
18.07.2014/Jumaat
Masa: 2.30-3.30 ptg (1B)
Masa: 2.00- 3.00 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
29/ Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 B: 32/32
                  1 G: 31/31
Tajuk
 Sambungan; Pengaruh Rakan Sebaya
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Memberikan pendapat dan berhujah dengan intonasi serta gaya yang sesuai dalam pembentangan.
2.       Menyatakan pendirian yang tegas tentang pengaruh positif dan pengaruh negatif rakan sebaya.
3.       Menulis rumusan tentang pengaruh rakan sebaya yang berkaitan dengan perbuatan dan tingkah laku serta kesan yang mungkin timbul daripada pengaruh tersebut.
KBT
Pengurusan grafik
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Menyatakan pendirian.
2.       Memberikan pendapat dan berhujah.
3.       Menulis rumusan.
2.       Rumusan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.




No comments:

Post a Comment