Sunday 8 February 2015

RPH MINGGU KE-6

RPH MINGGU KE- 6 (02.02.2015-06.02.2015)

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
02.02.2015/Isnin
Masa: 12.50-2.00 ptg (1C)
Masa:4.35-5.10 ptg (1L)
Minggu/Tunjang
6/ Unit 4: Manisnya Senyumanmu
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Golongan Kata Kerja
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
  2. Membezakan jenis Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
  3. Menulis ayat lengkap menggunakan Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif dalam bentuk jadual kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Kerja Transitif untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1L berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1C dan 1L memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Kerja.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
02/02/2015 (Isnin)
04/02/2015 (Rabu)
  Masa: 3.25-4.00 (3K)
Masa: 3.25-4.00 (3D)
Masa: 4.35-5.10 (3J)
Minggu/Tunjang
6/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah 
                  Melayu
Bil Pelajar: 29 (3K), 30,(3D), 31 (3J)
Tajuk
Penilaian Berasaskan Sekolah PBS BAND 2 dan BAND 3
Hasil Pembelajaran

Aras 3: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di Negara kita.
2.       Menilai kesan penduduk Jepun di Negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menjelaskan dan mengingatkan kembali reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun kepada pelajar.
2.       Guru juga turut mengingatkan kembali pelajar mengenai kesan pendudukan Jepun sebelum mengedarkan kertasa soalan PBS kepada pelajar.
3.       Pelajar mencari jawapan berpandukan buku teks dan buku nota masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3D dan 3K, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3D dan 3K  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan soalan band 4 dan 5 sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3D dan 3K mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Walaubagaimanapun, kelas 3J soalan PBS ynag diuji hanyalah Band 4.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
03.02.2015/Selasa
Masa: 12.50-2.00 ptg (1C).
Masa: 5.10-6.10 ptg (1L).
Minggu/Tunjang
6/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 C: 32/32
Bil Pelajar 1 L: 37/37
Tajuk
Antologi Ku Ingin Berterima Kasih : Pantun Dua Kerat Nasihat
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud pantunini.
  2. Memberikan tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam cerpen ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Antologi Ku Ingin Berterima Kasih, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan secara ringkas berkenaan cerpen ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan cerpen yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1L berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1C dan 1L memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
04/02/2015 (Rabu)
  Masa: 12.50-2.00 (3K)
Masa: 3.25-4.00 (3D)
Masa: 4.35-5.45 (3J)
Minggu/Tunjang
6/ BAB 1: Pendudukan Jepun di Tanah 
                  Melayu
Bil Pelajar: 39 (3K), 30,(3D), 30(3J)
Tajuk
Latihan Bab 1: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan dan membezakan jenis-jenis bangsa yang anti-Jepun dan pro-Jepun.
2.     Menyenaraikan nama gerakan  anti-Jepun di Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan reaksi penduduk tempatan mengikut bangsa terhadap pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
2.       Menghuraikan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Konsep dan Istilah
Lingkungan  Kesemakmuran  Bersama Asia Timur Raya ,“Asia untuk Asia”, Strategi Dasar “penjepunan” ,Taktik “Bumi Hangus” ,Pemerintahan Tentera, Taktik Gerila, Malai Baru, Syonan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menyusun strategi
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan kembali secara ringkas keseluruhan Bab 1, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada pelajar.
2.       Guru mengarahkan pelajar membuat latihan Bab 1 dengan merujuk buku teks masing-masing.
3.       Pelajar membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3D, 3K dan 3J berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3D, 3K dan 3J memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 78 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3D, 3K dan 3J mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
05.02.2015/Khamis
06.02.2015/ Jumaat
Masa: 12.50-2.00 ptg(1L)
          : 3.25-4.35 ptg (1C)
Minggu/Tunjang
6/ Karangan Berbantukan Bahan Rangsangan
Bil Pelajar 1 L: 36/36
Bil Pelajar 1 C: 32/32
Tajuk
 Punca-Punca Pelajar Ponteng Sekolah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan punca-punca pelajar ponteng  sekolah.
2.       Membuat rangka karangan berkaitan punca-punca pelajar ponteng sekolah dalam bentuk jadual.
3.       Membuat karangan lengkap berkaitan punca-punca pelajar ponteng sekolah.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk membuat rangka karangan berbantukan bahan rangsangan.
2.       Guru menerangkan bahawa karangan berbantukan bahan rangsangan  perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 perenggan.
3.       Guru kemudian menyuruh pelajar membuat rangka karangan dalam bentuk jadual.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1C dan 1L berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
22/01/2015 (Khamis)
23/01/2015 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (3K)
Masa: 4.00-5.10 (3D)
Minggu/Tunjang
6/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bil Pelajar: 39 (3K), 30,(3D), 30(3J)
Tajuk
Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun dan Keganasan 14 Hari
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengumpul maklumat tentang “Keganasan 14 hari”
2.       Menceritakan tentang latar belakang Bintang Tiga
Aras 2:
1.       Meny atakan tindakan ganas oleh Bintang Tiga
Konsep dan Istilah
Keganasan 14 hari. kekosongan politik, negeri naungan, Tanah Jajahan Mahkota, Jus Soli, radikal,
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menceritakan hura-hara yang dilakukan oleh Bintang Tiga.
3.       Guru seterusnya menyuruh pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3D, 3J dan 3K, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3D, 3J dan 3K memberi respon dan maklum balas yang positif sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 70 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3D, 3J dan 3K mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


































No comments:

Post a Comment