Sunday 10 March 2013

RPH MINGGU KE-10



RPH MINGGU KE-10. (04.03.2013-08.03.2013)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
04/03/2013 (Isnin)

Masa: 2.00-2.35 (2C), 4.35-5.10(2M).
Masa: 5.45-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
10/ BAB 3: Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor.
Konsep dan Istilah
Negeri naungan, penasihat British, perjanjian sulit, bunga emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berdiplomasi dengan membuat keputusan secara bijaksana.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di 4 buat negeri di bahagian Utara.
2.       Guru kemudian membuat mengarah pelajar melakar dan melabel peta lokasi kemaraan kuasa Barat di Asia Tenggara.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 65% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
04.03.2013/Isnin
05.03.2013/Selasa
Masa: 3.25-4.35ptg (1E)
Masa: 4.00-5.10 (1B)
Minggu/Tunjang
10/ Unit 8: Ibu Negara Malaysia
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Tajuk
Kata Tanya, Kata Seru, Kata Perintah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah.
  2. Menyenaraikan contoh-contoh Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah.
  3. Mengkategorikan Kata Seru mengikut jenis dan bentuknya.
  4. Menggunakan Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah dengan betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan contoh ayat Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah kepada pelajar.
3.       Guru kemudian memberi latihan berkaitan topik pengajaran kepada pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota, jadual dan latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Tanya, Kata Seru dan Kata Perintah.  Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
05.03.2013/Selasa
06.03.2013/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 5.10-6.20 (1B)
Minggu/Tunjang
10/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Tajuk
Drama: Surat Untuk Ina.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
    1. Menyatakan sinopsis drama ini.
    2. Memberikan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam drama ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk melakonkan semula watak dalam drama ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan drama yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Rata-rata pelajar di kedua-dua kelas dapat membaca drama  dengan intonasi yang betul. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
05/03/2013 (Selasa)
06/03/2013 (Rabu)
07/03/2013 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (2C)
Masa: 4.35-5.10 (2M)
Masa: 3.10-3.45 (2B).
Minggu/Tunjang
10/ BAB 3: Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Sambungan: Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor.
Konsep dan Istilah
Negeri naungan, penasihat British, perjanjian sulit, bunga emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berdiplomasi dengan membuat keputusan secara bijaksana.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di 4 buat negeri di bahagian Utara.
2.       Guru kemudian membuat mengarah pelajar melakar dan melabel peta lokasi kemaraan kuasa Barat di Asia Tenggara.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 70% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Bagi kelas 2B, P&P akan disambung pada minggu hadapan kerana guru menyertai program Perkhemahan Kadet Bomba di Balai Bomba Serian. P&P akan disambung pada minggu hadapan.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
06/03/2013 (Rabu)
07/03/2013 (Khamis)
08/03/2013(Jumaat)
Masa: 12.50-2.00 (2B)
Masa:  2.00-3.10 (2M).
Masa: 2.00-3.10 (2C),
Minggu/Tunjang
10/ BAB 3: Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Memerihalkan hubungan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dengan Siam dan British.
2.       Menyatakan peranan Penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Aras 2:
1.       Menghuraikan penerimaan penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor.
Konsep dan Istilah
Negeri naungan, penasihat British, perjanjian sulit, bunga emas.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Berdiplomasi dengan membuat keputusan secara bijaksana.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian membina carta aliran proses penerimaan penasihat British.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Namun begitu, P&P kelas tingkatan 2C dan 2M akan disambung pada minggu hadapan kerana guru menyertai Program Perkhemahan Bomba di Balai Bomba Serian.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
07.03.2013/Khamis
Masa: 12.50-2.00 ptg(1B).
Masa: 4.35-5.35 ptg (1E)
Minggu/Tunjang
10/ Ringkasan dan Pemahaman
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Tajuk
Hukuman Di Sekolah
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan keburukan amalan merokok.
2.       Menulis ringkasan karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah dicari.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk mengenalpasti isi-isi penting dalam teks yang telah disediakan.
2.       Guru menerangkan bahawa ringkasan karangan hanya perlu mempunyai satu perenggan sahaja.
3.       Guru kemudian menyuruh pelajar menggariskan isi-isi penting dalam penting.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B tidak dapat dijalankan ekoran guru menghadiri Program Kadet Bomba di Balai Bomba Serian. P&P akan disambung pada minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment