Wednesday 6 March 2013

RPH MINGGU KE-8



RPH MINGGU KE-8. (18.02.2013-22.02.2013)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
18/02/2013 (Isnin)

Masa: 2.00-2.35 (2C), 4.35-5.10(2M).
Masa: 5.45-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
8/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Perang Klang di Selangor
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan faktor yang menyebabkan British campur tangan di Selangor.
2.       Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perang Klang di Selangor.
Aras 2:
1.       Menjelaskan keadaan di Selangor yang membawa kepada campur tangan British.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Perebutan Takhta dan Kongsi Gelap.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai kronologi peristiwa Perang Klang yang berlaku di Selangor sehingga membawa campur tangan British.
2.       Guru kemudian membuat jadual tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perang Klang.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 65% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
18.02.2013/Isnin
19.02.2013/Selasa
Masa: 3.25-4.35ptg (1E)
Masa: 4.00-5.10 (1B)
Minggu/Tunjang
8/ Unit 6: Remaja Berwawasan
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Tajuk
Pembentukan Kata Adjektif
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Mengkategorikan bentuk Kata Adjektif.
  2. Memberikan contoh-contoh  bentuk Kata Adjektif.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan bentuk Kata Adjektif kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan contoh ayat bentuk Kata Adjektif kepada pelajar.
3.       Guru kemudian memberi latihan berkaitan topik pengajaran kepada pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota, jadual dan latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Adjektif.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
19.02.2013/Selasa
20.02.2013/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 5.10-6.20 (1B)
Minggu/Tunjang
8/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Tajuk
Sajak: Kian Kita Lupa
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
    1. Menyatakan maksud yang tersurat dan tersirat dalam sajak ini.
    2. Memberikan tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam sajak ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk membaca sajak dengan intonasi yang betul.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan sajak yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Rata-rata pelajar di kedua-dua kelas dapat membaca sajak dengan intonasi yang betul. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
19/02/2013 (Selasa)
20/02/2013 (Rabu)
22/02/2013 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (2C)
Masa: 4.35-5.10 (2M)
Masa: 3.10-3.45 (2B).
Minggu/Tunjang
8/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan faktor yang menyebabkan British campur tangan di Negeri Sembilan.
2.       Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Aras 2:
1.       Menjelaskan keadaan di Negeri Sembilan yang membawa kepada campur tangan British.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Perebutan Takhta dan Kongsi Gelap, Majistret dan Pemungut Hasil.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai kronologi peristiwa Perbalahan Di Sungai Ujong yang berlaku di N. Sembilan sehingga membawa campur tangan British.
2.       Guru kemudian membuat jadual tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perbalahan di Sungai Ujong.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 70% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
20/02/2013 (Rabu)
21/02/2013 (Khamis)
22/02/2013(Jumaat)
Masa: 12.50-2.00 (2B)
Masa:  2.00-3.10 (2M).
Masa: 2.00-3.10 (2C),
Minggu/Tunjang
8/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain Di Pahang
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan faktor yang menyebabkan British campur tangan di Pahang
2.       Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perluasan Kuasa British di Pahang.
Aras 2:
1.       Menjelaskan keadaan di Pahang yang membawa kepada campur tangan British.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Kongsi Gelap, Residen, Gabenor, Sistem Perwarisan Takhta di Perak.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada dengan unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai kronologi peristiwa Perluasan Kuasa British yang berlaku di Pahang.
2.       Guru kemudian membuat jadual tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perluasan Kuasa British di Pahang.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B, 2C dan 2M berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B, 2C dan 2M memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B, 2C dan 2M mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
21.02.2013/Khamis
Masa: 12.50-2.00 ptg(1B).
Masa: 4.35-5.35 ptg (1E)
Minggu/Tunjang
8/ Karangan Berformat
Bil Pelajar 1 B: 35/35
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Tajuk
 Karangan Surat Rasmi
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menulis pendahuluan, perenggan isi dan menulis penutup karangan surat rasmi.
2.       Mengarang surat kiriman rasmi mengikut format yang betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan format karangan surat kiriman rasmi.
2.       Guru menerangkan bagaimana menulis rangka karangan merangkumi pendahuluan, isi dan penutup karangan surat kiriman rasmi.
3.       Guru kemudian membuat rangka contoh mengikut format yang betul untu mengarang karangan surat kiriman rasmi ini.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin notadan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

No comments:

Post a Comment