Wednesday 6 March 2013

RPH MINGGU KE-9



RPH MINGGU KE-9. (25.02.2013-02.03.2013)


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
25/02/2013 (Isnin)

Masa: 2.00-2.35 (2C), 4.35-5.10(2M).
Masa: 5.45-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan maksud Sistem Residen
2.       Menyenaraikan nama-nama tokoh yang menjadi residen British.
Aras 2:
1.       Mengupas peranan dan bidang kuasa residen dalam Sistem Residen.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Sistem Residen
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Sistem Residen yang menggugat kuasa Sultan dan Pembesar.
2.       Guru kemudian membuat jadual nama tokoh-tokoh British yang menjadi residen di keempat-empat buah negeri.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 65% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
25.02.2013/Isnin
26.02.2013/Selasa
Masa: 3.25-4.35ptg (1E)
Masa: 4.00-5.10 (1B)
Minggu/Tunjang
9/ Unit 7: Wira Bangsa
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Tajuk
Kata Hubung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Hubung
  2. Menyenaraikan contoh-contoh Kata Hubung.
  3. Mengkategorikan Kata Hubung mengikut jenis dan bentuknya.
  4. Menggunakan Kata Hubung dengan betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Hubung kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan contoh ayat Kata Hubung kepada pelajar.
3.       Guru kemudian memberi latihan berkaitan topik pengajaran kepada pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota, jadual dan latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Hubung.  Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
26.02.2013/Selasa
27.02.2013/Rabu
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 5.10-6.20 (1B)
Minggu/Tunjang
9/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Tajuk
Cerpen: Kasut Kelopak Jantung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
    1. Menyatakan sinopsis cerpen ini.
    2. Memberikan tema, persoalan, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam cerpen ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan secara ringkas berkenaan cerpen ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan cerpen yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1E dan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Rata-rata pelajar di kedua-dua kelas dapat membaca cerpen dengan betul. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
26/02/2013 (Selasa)
27/02/2013 (Rabu)
01/02/2013 (Jumaat)
Masa: 5.45-6.20 (2C)
Masa: 4.35-5.10 (2M)
Masa: 3.10-3.45 (2B).
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengemukakan tujuan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
2.       Menyenaraikan faktor-faktor lain penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895.
2.       Menerangkan struktur Pentadbiran Persekutuan 1896.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Perebutan Takhta, Kongsi Gelap, Persekutuan
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada terhadap unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
2.       Guru kemudian membuat jadual mengenai faktor lain penubuhan NNMB.
3.       Pelajar menyalin nota dan jadual dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C, berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B dan 2C  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, kelas Tingkatan 2M kurang memberi respon dan maklum balas mengenai topik dan agak lambat untuk memberi respon jika ditanya soalan. Oleh itu, P&P kelas ini perlu diubah dan objektif yang ditetapkan untuk kelas ini mencapai tahap 70% sahaja manakala  87% daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B dan 2C mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. P&P akan disambung pada minggu hadapan.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
27/02/2013 (Rabu)
28/02/2013 (Khamis)
01/03/2013(Jumaat)
Masa: 12.50-2.00 (2B)
Masa:  2.00-3.10 (2M).
Masa: 2.00-3.10 (2C),
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Sambungan: Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mengemukakan tujuan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
2.       Menyenaraikan faktor-faktor lain penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895.
2.       Menerangkan struktur Pentadbiran Persekutuan 1896.
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Perebutan Takhta, Kongsi Gelap, Persekutuan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada dengan unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895.
2.       Guru kemudian membuat jadual mengenai Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB).
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B, 2C dan 2M berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B, 2C dan 2M memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B, 2C dan 2M mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
28.02.2013/Khamis
Masa: 12.50-2.00 ptg(1B).
Masa: 4.35-5.35 ptg (1E)
Minggu/Tunjang
9/ Ringkasan dan Pemahaman
Bil Pelajar 1 B: 34/34
Bil Pelajar 1 E: 35/35
Tajuk
 Amalan Merokok
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan keburukan amalan merokok.
2.       Menulis ringkasan karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah dicari.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk mengenalpasti isi-isi penting dalam teks yang telah disediakan.
2.       Guru menerangkan bahawa ringkasan karangan hanya perlu mempunyai satu perenggan sahaja.
3.       Guru kemudian menyuruh pelajar menggariskan isi-isi penting dalam penting.
4.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah semasa cuti mengikut format yang telah dipelajari.
5.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1E dan 1B berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.



Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
01/03/2013 (Sabtu)
Masa:2.00-3.10 (2C)
Masa: 3.10-3.45 (2B)
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C)
Tajuk
Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan maksud Durbar.
2.       Menyatakan kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan ketidakpuasan hati golongan Sultan terhadap Pembentukan Persekutuan
Konsep dan Istilah
Dasar Campur Tangan, Perebutan Takhta, Persekutuan, Durbar
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan dengan berwaspada dengan unsur-unsur luar.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Kuasa Sultan tercabar dengan pembentukan Persekutuan.
2.       Guru kemudian menerangkan mengenai kronologi Durbar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B, 2C dan 2M berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 2B, 2C dan 2M memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 2B, 2C dan 2M mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

No comments:

Post a Comment