Sunday 1 September 2013

RPH MINGGU KE-34

RPH MINGGU KE-34. (19.08.2013-24.08.2013)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
19/08/2013 (Isnin)
22/08/2013 (Khamis)
23/08/2013 (Jumaat)
Masa: 12.50-2.00(2C),
Masa: 12.50-2.00(2M).
Masa: 5.10-6.20 (2B).
Minggu/Tunjang
34/ BAB 6: British Mengekspoit Ekonomi
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan dan Perkembangan Landasan Keretapi Kereta Api
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi.
2.       Menyenaraikan 2 cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu.
Aras 2:
         1:    Membincangkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Konsep dan Istilah
Pertanian dagangan, sara diri, ekonomi tradisional dan dagangan modal, meramu, sistem kontrak dan sistem kangani.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Memanfaat pelbagai khazanah Negara Malaysia.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, buku rujukan, salinan nota, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai perkembangan ekonomi yang membawa kepada perubahan sosiol budaya penduduk Tanah Melayu.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing dan melengkapkan latihan PBS  yang diberi.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 62% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Pelajar di ketiga-tiga kelas juga melengkapkan latihan PBS yang diberi. Band yang diuji ialah B2D1E10.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
19.08.2013/Isnin
Masa: 2.00-3.10ptg (1E)
Masa: 4.35-5.45 (1B)
Minggu/Tunjang
34/ Unit 20:Jelapang Padi Kita
Bil Pelajar 1 E: 32/33
Bil Pelajar 1 B: 32/33
Tajuk

Tatabahasa: Ayat Tanya
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud ayat tanya.
  2. Membezakan jenis-jenis ayat tanya.
  3. Menulis ayat Tanya dengan betul.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks,buku rujukan, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud ayat tanya kepada pelajar.
2.       Guru menyuruh pelajar membina ayat tanya dengan betul.
3.       Guru kemudian memberi latihan  kepada pelajar.
4.       Pelajar membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan  yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
20.08.2013/Selasa
Masa: 12.50-2.00ptg (1E)
Masa: 3.25-4.35 (1B)
Minggu/Tunjang
34/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 E: 33/33
Bil Pelajar 1 B: 32/33
Tajuk

KOMSAS: Cerpen Yuran
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menceritakan kembali cerpen Yuran ini dengan cara mereka sendiri.
2.       Memberikan tema, persoalan, nada, bentuk dan ciri-ciri sajak, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam cerpen ini.
  1. Membuat latihan yang berkaitan dengan cerpen ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku Teks, Buku Rujukan dan Kertas Soalan PBS.
Aktiviti

1.       Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk menceritakan kembali kisah cerpen Yuran ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan, plot,latar,  bentuk dan ciri-ciri cerpen,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan cerpen yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan  yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
19/08/2013 (Isnin)
21/08/2013 (Rabu)
Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
34/ BAB 6: British Mengeksploit Ekonomi
Bil Pelajar: 35 (2M)
                : 35 (2C)
                : 33 (2B)
Tajuk
Perkembangan Jalan Raya dan Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai rangkaian jalan raya.
2.       Menyatakan jenis-jenis pengangkutan laut dan udara.

Aras 2:
         1:    Menghuraikan perkembangan jalan raya dan pengangkutan laut dan udara.
Konsep dan Istilah
Pertanian dagangan, sara diri, ekonomi tradisional dan dagangan modal, meramu, sistem kontrak dan sistem kangani
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Memelihara dan memanfaatkan khazanah Negara kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai perkembangan jalan raya dan perkembangan pengangkutan laut dan udara kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuta latihan dalam buku masing-masing
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru menguji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai pengangkutan darat dan udara seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 70% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 2
Tarikh/Hari
20/08/2013 (Selasa)
22/08/2013 (Khamis)
23/08/2013 (Jumaat)

Masa: 5.45-6.20 (2M)
Masa: 5.10-5.45 (2B)
Masa: 2.00-2.35 (2C)
Minggu/Tunjang
34/ BAB 6: British Mengeksploit Ekonomi
Bil Pelajar: 33 (2B), 35,(2C), 35 (2M)
Tajuk
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyatakan jenis-jenis kemajuan perkhidmatan kesihatan, empangan dan terusan yang dibina.

Aras 2:
         1:    Menghuraikan kemajuan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas
                 lain.
Konsep dan Istilah
Sara diri, ekonomi dagangan, ekonomi tradisional, meramu, dwiekonomi.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Menghargai khazanah Negara Malaysia.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, buku rujukan, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai topik pengajaran.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai kemajuan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas lain.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 2B dan 2C berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kelas Tingkatan 2B dan 2C memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 88% daripada objektif yang ditetapkan di kelas 2B dan 2C tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Manakala P&P kelas Tingkatan 2M juga berjalan lancar. Namun, respon kurang daripada pelajar 2M terhadap topik pengajaran. Oleh itu, 60% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
21/08/2013 (Rabu)
22/08/2013 (Khamis)
Masa: 12.50-2.00 ptg(1E).
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Minggu/Tunjang
34/ KARANGAN
Bil Pelajar 1 B: 32/33
Bil Pelajar 1 E: 30/33
Tajuk
Karangan Surat Rasmi: Masalah Jalan Raya yang Berlubang-lubang.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Menulis karangan Surat Rasmi dengan format yang betul.
2.       Menghuraikan isi-isi karangan dengan menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama ,kemasyarakatan dan kerajinan.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan format karangan Surat Rasmi yang mesti dipatuhi kepada pelajar.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar menyalin format tersebut dan menyalin rangka karangan yang telah diberi.
3.       Pelajar kemudian menyalin format karangan tersebut dan melengkapkan karangan ini berdasarkan rangka yang telah diberikan oleh guru.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1E berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan karangan  yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 90% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


SEMUA MATAPELAJARAN
SEMUA TINGKATAN 1 HINGGA 6
Tarikh/Hari
24/08/2013 (Sabtu)
Minggu/Tunjang
34
Perkara
Gotong Royong Sekolah SMKK Serian bersama PIBG.



No comments:

Post a Comment