Friday 14 March 2014

RPH MINGGU KE-11

RPH MINGGU KE- 11 (10.03.2014-14.03.2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
10/03/2014 (Isnin)
11/03/2014 (Selasa)
12/03/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
11/ BAB 3: Ancaman Pariti Komunis Malaya dan Darurat
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Penyusupan Komunis dan Kegiatan Pengganas dan Darurat
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Mentakrif komunis dan komunisme.
2.       Menyatakan cara penyusupan anasir komunis di Tanah Melayu dan Sarawak.
Aras 2:
1.       Membandingkan kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu dengan Sarawak.
Konsep dan Istilah
Ideologi komunis, anasir komunis, pengganas komunis.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Waspada dengan anasir yang bertentangan dengan cara hidup kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru menjelaskan sejarah pertubuhan komunis dan konsep komunis kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B,3F dan 3G  berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.
































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
10.03.2014/Isnin
11.03.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
11/ Unit 5: Komputer Dalam Kehidupan
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Latihan PBS, Pemahaman, Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Simpulan Bahasa, Kata Ganti Nama Diri, Kata Ganti Nama Diri Tanya, Kata Ganti Nama Tunjuk dan Penjodoh Bilangan. (B1DL1E1, B1DT1E1)
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
  2. Memilih jawapan yang paling tepat dengan soalan yang dikemukakan.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyuruh pelajar membuat latihan PBS dalam buku yang telah disediakan.
2.       Guru kemudian membincangkan jawapan yang telah dibuat oleh pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan soalan yang telah ditanya.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
12.03.2014/Rabu
13.03.2014/Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Masa: 2.00-3.10 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
11/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Latihan PBS: Cerpen Kasut Kelopak Jantung.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan makna bagi perkataan yang berhuruf tebal dalam petikan cerpen Kasut Kelopak Jantung.
  2. Memberikan jawapan yang tepat bagi soalan pemahaman yang ditanya berdasarkan petikan cerpen.
  3. Mencari 10 kesalahan ejaan dan tanda baca berdasarkan cerpen.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyuruh pelajar membuat latihan PBS dalam buku yang telah disediakan.
2.       Guru kemudian membincangkan jawapan yang telah dibuat oleh pelajar.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat menyatakan tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengjaran yang relevan.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
10/03/2014 (Isnin)
12/03/2014 (Rabu)
14/03/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
11/ BAB 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat.
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Pertubuhan Parti Komunis Malaya
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
Mengemukakan tujuan pertubuhan Parti Komunis Malaya.
Aras 2:
1.       Membincangkan sebab-sebab ideology komunis tidak popular dalam kalangan orang Melayu.
Konsep dan Istilah
Ideologi komunis, anasir komunis, pengganas komunis, mogok.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Waspada dengan anasir yang bertentangan dengan cara hidup kita.
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai Pertubuhan Parti Komunis Malaya kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 80 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.






























Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
13.03.2014/ Khamis
14.03.2014/ Jumaat
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B).
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
11/ Karangan Berbantukan Bahan Rangsangan
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 32/34
Tajuk
Punca-Punca Jerebu
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan punca-punca jerebu.
2.       Membuat rangka karangan berkaitan punca-punca pelajar jerebu dalam bentuk jadual.
3.       Membuat karangan lengkap berkaitan punca-punca jerebu.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan bahawa karangan berbantukan bahan rangsangan  perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 perenggan.
2.       Guru kemudian menyuruh pelajar membuat rangka karangan dalam bentuk jadual.
3.       Guru memberi latihan karangan ini kepada pelajar sebagai kerja rumah.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan karangan dalam buku masing-masing
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru. Guru turut memberi latihan menulis ringkasan karangan sebagai latihan di rumah di kedua-dua kelas.

No comments:

Post a Comment