Sunday 2 March 2014

RPH MINGGU KE-9

RPH MINGGU KE-9 (24.02.2014-28.02.2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
24/02/2014 (Isnin)
25/02/2014 (Selasa)
26/02/2014 (Rabu)
Masa: 12.50-2.00 (3B)
Masa: 12.50-2.00 (3G)
Masa: 12.50-2.00 (3F)
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Bendera UMNO dan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Melukis bendera dan lambang UMNO.
2.       Menyatakan perkembangan UMNO sehingga tahun 1948.
3.       Memerihalkan tentang rundingan kea rah penggubalan Persekutuan Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menjelaskan usaha-usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Konsep dan Istilah
Persekutuan, perlembagaan rakyat.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Kewajipan untuk memelihara dan mempertahankan hak
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru menjelaskan dan melukis bendera UMNO serta menghuraikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada pelajar.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G  berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan  3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 81 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
24.02.2014/Isnin
25.02.2014/Selasa
Masa: 2.00-3.10 ptg (1B)
Masa: 5.10-6.20 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
9/ Unit 7: Wira Bangsa
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
 Tatabahasa: Kata Hubung
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Kata Hubung.
  2. Membezakan bentuk Kata Hubung
  3. Memberikan contoh-contoh Kata Hubung.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Kata Hubung kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Kata Hubung kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Kata Hubung untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan kata hubung dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan jenis-jenis Kata Hubung.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
26.02.2014/Rabu
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Minggu/Tunjang
9/ Unit 7: Wira Bangsa
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Tajuk
 Peribahasa
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan maksud Peribahasa.
  2. Membezakan bentuk Peribahasa.
  3. Memberikan contoh-contoh Peribahasa.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menerangkan maksud Peribahasa kepada pelajar.
2.       Guru menerangkan jenis-jenis Peribahasa kepada pelajar.
3.       Guru membuat jadual pembahagian Peribahasa untuk diisi contoh oleh pelajar.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan kata hubung dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
27.02.2014/Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1B)
Minggu/Tunjang
9/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Tajuk
 Novel: Istana Menanti
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Menyatakan sinopsis novel Istana Menanti ini.
  2. Memberikan sinopsis,  tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam novel ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.        Guru memilih pelajar secara rawak untuk menceritakan semula jalan cerita novel Istana Menanti ini.
2.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari sinopsis, tema, persoalan, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3.       Guru memberi latihan berkenaan dengan novel yang telah dipelajari.
4.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat menyatakan tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengjaran yang relevan.  Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
24/02/2014 (Isnin)
26/02/2014 (Rabu)
28/02/2014 (Jumaat)
Masa: 4.35-5.10 (3F)
Masa: 5.45-6.10 (3B)
Masa: 2.00-2.35 (3G)
Minggu/Tunjang
9/ BAB 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu.
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Hasil Pembelajaran

Aras 1: Pelajar dapat;                                                             
1.       Menyenaraikan ciri-ciri utama Persekutuan Tanah Melayu.
2.       Mengumpul maklumat penentangan AMCJA-PUTERA terhadap Persekutuan Tanah Melayu.
Aras 2:
1.       Menghuraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu.
Konsep dan Istilah
Berkabung, kempen, kesatuan, penentangan, jus soli, tunjuk perasaan, ketuanan Melayu, kerakyatan, perlembagaan.
Unsur/Tingkahlaku Patriotisme
Keluruhan Perlembagaan
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks, papan tulis dan kapur.
Aktiviti
1.       Guru mengaitkan pengajaran lepas dengan topik pengajaran pada hari ini.
2.       Guru kemudian menerangkan kepada pelajar mengenai  ciri-ciri utama Persekutuan Tanah Melayu.
3.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G berjalan seperti yang dirancang. Hampir semua murid kelas tingkatan 3B, 3F dan 3G  memberi respon dan maklum balas yang positif berkenaan topik pengajaran sama ada bertanyakan soalan mahupun meluahkan ketidakfahaman mereka mengenai sesuatu istilah seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. 85 peratus daripada objektif yang ditetapkan untuk kelas 3B, 3F dan 3G mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.  
































Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
27.02.2014/ Khamis
Masa: 3.25-4.35 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
9/ Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 G: 32/33
Tajuk
 Penggunaan Jalan Raya dan Masalahnya.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Membentangkan idea bagi menjelaskan masalah pengguna  jalan raya dengan menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat berdasarkan grafik.
2.       Mengemukakan soalan dan jawapan yang mudah tentang penggunaan jalan raya untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman.
3.       Menulis rumusan tentang masalah nahas jalan raya di Malaysia dan trauma akibat nahas.
KBT
Pengurusan grafik
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Membentangkan idea.
2.       Memberikan respon.
3.       Mencatatkan maklumat.
4.       Menulis rumusan.
5.       Rumusan.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
28.02.2014/ Jumaat
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
9/ Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Bil Pelajar 1 G: 32/33
Tajuk
 Berjalan Membelakangkan Lalu Lintas.
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
1.       Mencipta skrip iklan dengan pengucapan dan slogan yang menarik perhatian pendengar.
2.       Mengemukakan fakta sebagai bukti untuk meyakinkan orang lain agar menjadi pengguna jalan raya yang bijak.
3.       Menyebut  faktor risiko yang boleh meletakkan pejalan kaki dalam bahaya dan menerangkan kesan daripada perlakuan berisiko mereka.
KBT
Mereka cipta
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Mendengar dan memahami.
2.       Mencipta iklan.
3.       Rumusan.

Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1G berjalan lancar. Semua pelajar di kedua-dua kelas memberi respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan mencapai sasaran dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.


No comments:

Post a Comment