Friday 5 September 2014

RPH MINGGUKE-36

RPH MINGGU KE-36(02-09-2014 HINGGA 05-09-2014)

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan:  1 dan 3
Tarikh/Hari
01/09/2014 (Isnin )

Minggu/Tunjang
36
Tajuk
CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B, 1G dan 3F tidak berjalan seperti yang dirancang. Semua murid tingkatan 3 menjalani Peperiksaan Percubaan Penilaian PT3 selama 1 minggu. Pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan 3 akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Sejarah
Tingkatan: 3
Tarikh/Hari
02/09/2014 (Selasa) hingga 05/09/2014
Masa: 12.05-1.05 (3B)
Masa: 3.25-4.00 (3F)
Masa: 4.05-4.55 (3G)
Minggu/Tunjang
36
Bil Pelajar: 33 (3B), 34,(3F), 34(3G)
Tajuk
PEPERIKSAAN PERCUBAAAN PENILAIAN PT3
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 3B, 3F dan 3G tidak berjalan seperti yang dirancang. Semua murid tingkatan 3 menjalani Peperiksaan Percubaan Penilaian PT3 selama 1 minggu. Pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan 3 akan disambung pada minggu hadapan.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
03.09.2014/Rabu
04.09.2014/ Khamis
Masa: 4.00-5.10 ptg (1B)
Masa: 12.50-2.00 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
36/ Unit 19: Belian Kayu Bernilai
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
Ayat Tunggal dan Ayat Tanya
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
  1. Memahami maksud Ayat Tunggal dan Ayat Tanya.
  2. Membezakan antara jenis-jenis Ayat Tunggal dan Ayat Tanya.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, hormat-menghormati, kerjasama dan kemasyarakatan.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti
1.       Guru menyoal pelajar tentang apa yang mereka faham mengenai Ayat Tunggal dan Ayat Tanya.
2.       Guru kemudian mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pengajaran.
3.       Guru melukis jadual jenis-jenis Ayat Tunggal dan Ayat Tanya kepada pelajar di papan hitam.
4.       Pelajar menyalin nota dalam buku masing-masing.
Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran di kelas tingkatan 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid di kelas tingkatan 1B dan 1G memberikan respon yang baik sepanjang P&P dijalankan. Pelajar di kedua-dua kelas dapat mengisi dan memberikan contoh yang relevan berdasarkan soalan yang telah ditanya.  Oleh itu, 85% daripada objektif yang ditetapkan tercapai dan selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.

Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Tingkatan: 1
Tarikh/Hari
04.09.2014/ Khamis
05.09.2014/Jumaat
Masa: 5.10-6.20 ptg (1B)
Masa: 2.35-3.45 ptg (1G)
Minggu/Tunjang
36/ KOMSAS
Bil Pelajar 1 B: 32/32
Bil Pelajar 1 G: 33/33
Tajuk
Prosa Tradisional: Hikayat Marakarma
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:
    1. Menyatakan sinopsis prosa tradisional Hikayat Marakarma ini.
    2. Memberikan tema, persoalan,watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam prosa tradisional ini.
KBT
Memberi penerangan yang berkesan.
Penerapan Nilai
Kasih-sayang, baik, rajin, jujur, berani dan bertanggungjawab.
Persediaan Guru
Buku teks, kapur tulis.
Aktiviti

1.       Guru berbincang bersama-sama pelajar mencari tema, persoalan,latar, plot,  gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
2.       Guru memberi latihan berkenaan dengan prosa tradisional yang telah dipelajari.
3.       Pelajar menyalin nota dan membuat latihan dalam buku masing-masing.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran kelas 1B dan 1G berjalan seperti yang dirancang. Semua murid di kedua-dua kelas memberi respon yang positif terhadap topik pengajaran apabila guru bertanyakan soalan seterusnya mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat membuat latihan yang telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, 80% daripada objektif yang ditetapkan di kedua-dua kelas tercapai dan baki selebihnya memerlukan pemerhatian yang khusus daripada guru.







No comments:

Post a Comment